More

    CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 dilancar di Malaysia bermula pada harga RM299

    Nothing telah melancarkan tiga produk baru iaitu CMF Phone 1, CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2. Dalam masa kurang dari setahun, CMF oleh Nothing telah membuktikan bahawa reka bentuk yang luar biasa dan produk berkualiti tinggi tidak terhad kepada kategori harga premium.

    CMF Watch Pro 2 adalah jam tangan pintar serba boleh yang bergaya dengan rekaan bezel boleh ditukar dan paparan AMOLED sentiasa hidup sebesar 1.32 inci dengan resolusi tinggi. Ia menawarkan lebih daripada 100 muka jam yang boleh disesuaikan dan menyokong lebih daripada 120 mod sukan termasuk pengiktirafan automatik bagi lima sukan.

    Jam tangan pintar ini menyediakan pemantauan kesihatan menyeluruh seperti pemantauan berterusan kadar jantung, kepekatan oksigen dalam darah (SpO₂) dan tahap tekanan yang menjadikannya rakan yang boleh dipercayai untuk gaya hidup aktif.

    Selain ciri kesihatan dan kecergasan, CMF Watch Pro 2 membolehkan pengguna membuat panggilan Bluetooth, mengawal muzik dan mengakses ciri pintar seperti menerima pemberitahuan, mengawal jauh kamera dan menyemak cuaca. Penarafan kalis air dan debu IP68 memastikan ketahanan bersama hayat bateri yang mengagumkan sehingga 11 hari, sesuai untuk digunakan dalam jangka masa panjang tanpa pengecasan yang kerap.

    Kemudian, CMF Buds Pro 2 direka untuk meningkatkan pengalaman audio anda dengan ciri-ciri canggihnya. Diperkayakan dengan pemandu dua yang menggabungkan pemandu bass 11mm dan tweeter 6mm serta teknologi LDAC dan pensijilan Hi-Res Audio Wireless, fon telinga ini memberikan bunyi HiFi yang memukau dan mempesonakan.

    Dial Pintar pada kes membolehkan kawalan mudah terhadap tetapan bunyi, manakala Pengurangan Bunyi Hingar (ANC) sehingga 50dB memastikan pengalaman mendengar tanpa gangguan. Komunikasi adalah jelas dengan CMF Buds Pro 2 disebabkan enam mikrofon HD yang dilengkapi dengan Teknologi Suara Jelas 2.0 dan Wind-Noise Reduction 2.0.

    Kesan Spatial Audio memberikan landskap bunyi tiga dimensi untuk pengalaman yang lebih mendalam ketika mendengar lagu atau bermain game. Dengan hayat bateri keseluruhan selama 43 jam dan pengecasan pantas 10 minit untuk 7 jam mainan, fon telinga ini sempurna untuk kegunaan yang berpanjangan dan kemudahan di mana-mana.

    CMF Watch Pro 2 dijual pada harga RM339, manakala Set Bezel + Strap untuk CMF Watch Pro 2 boleh didapati dengan harga RM99. CMF Buds Pro 2 pula ditawarkan pada harga RM299. Produk-produk ini akan boleh dibeli mulai dari hari Isnin, 15 Julai 2024 di Malaysia.

    "
    "

    Anda boleh membeli kesemua peranti CMF secara atas talian di Shopee dan Lazada. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai runcit termasuk DirectD, TMT, URBAN REPUBLIC, Vivid Concepts, Tac Mobile, SS Solution dan melalui operator Yes5G.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...