More

    ColorOS 12 mungkin dilancar pada bulan Ogos, bakal jadi perisian OPPO terbaik

    ColorOS ialah perisian berasaskan sistem operasi Android yang dipasang dalam setiap telefon pintar OPPO dan versi seterusnya, ColorOS 12, dikhabarkan akan menjadi ColorOS terbaik oleh OPPO setakat ini. Ia dijangka akan dilancar pada 15 Ogos.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, perisian ColorOS 12 akan menggabungkan unsur daripada perisian Flyme oleh Meizu, Smartisan OS dan HydrogenOS oleh OnePlus. Memandangkan OnePlus kini adalah jenama di bawah naungan OPPO, pasukan yang membina HydrogenOS sebelum ini bakal bekerjasama untuk menghasilkan ColorOS 12.

    OPPO juga dilaporkan telah mengambil pekerja daripada Smartisan dan Meizu untuk mengusahakan ColorOS 12. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang pelancaran sistem operasi tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured