More

    ColorOS 16 pada OPPO Find X9 Ultra bawa AI urus duit, email dan aktiviti secara automatik

    OPPO mengumumkan sistem operasi terbaharu ColorOS 16 yang diperkenalkan bersama Find X9 Ultra dengan penekanan kepada integrasi kecerdasan buatan (AI) secara menyeluruh dalam sistem. Pendekatan ini meletakkan AI sebagai komponen teras yang digunakan untuk mengurus maklumat, tugasan dan rutin harian pengguna secara lebih automatik dan tersusun.

    Antara fokus utama ialah AI Mind Space iaitu fungsi memori pintar yang menyimpan segala kandungan di skrin secara automatik. Pengguna boleh mengaktifkannya melalui Snap Key atau leretan tiga jari. Semua maklumat yang ditangkap akan disusun dalam bentuk memori berstruktur yang boleh dicari semula.

    Dalam modul yang sama, AI Bill Manager memproses invois dan resit sama ada digital atau fizikal melalui kamera dan menyusunnya dalam koleksi perbelanjaan khusus bagi memudahkan pemantauan kewangan. Selain itu, AI Mind Pilot tiba sebagai pembantu AI yang boleh menggunakan pelbagai model serentak.

    Ia juga mampu memberi jawapan berdasarkan data peribadi pengguna dalam Mind Space termasuk membandingkan output daripada beberapa model AI untuk tujuan penyelidikan atau rujukan. Untuk kegunaan harian, OPPO memperkenalkan AI Menu Translation yang bukan sahaja menterjemah menu makanan tetapi turut menerangkan kandungan, mengenal pasti bahan, menjana visual hidangan dan menukar harga kepada mata wang pilihan.

    Sementara itu, AI Email Brief akan merumuskan e-mel dalam tempoh 24 jam untuk menguruskan perkara penting seperti mesyuarat dan tugasan serta membolehkan penambahan terus ke kalendar. ColorOS 16 membawa Live Space pada skrin kunci dengan paparan lebih ringkas melalui takuk kapsul dan stacked notification.

    OPPO juga menambah baik perkongsian fail melalui Quick Share ke peranti Apple yang membolehkan penghantaran gambar, video dan fail tanpa aplikasi tambahan. Tempahan untuk Find X9 Ultra kini dibuka dengan pengambilan awal bermula 2 Mei dan disertakan promosi seperti hadiah misteri, perlindungan skrin setahun bernilai RM399 (pada harga RM99) serta keistimewaan My OPPO App bernilai RM1,287.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured