More

    Computex 2024: Acer lancarkan komputer riba Chromebook Plus baharu, lengkap dengan fungsi AI bermula ~RM2,590

    Dalam persidangan industri komputer antarabangsa Computex yang berlangsung di Taiwan pada minggu ini, Acer memperkenalkan model komputer riba baharu dalam siri Acer Chromebook Plus yang dilengkapi teknologi Google AI untuk meningkatkan produktiviti kerja sambil mengukuhkan keselamatan siber.

    Komputer riba baharu ini terdiri daripada Acer Chromebook Plus Enterprise 515, Acer Chromebook Plus Enterprise Spin 514 dan Acer Chromebook Plus Spin 514. Chromebook Plus Enterprise dilengkapi pelbagai fungsi AI khas untuk perniagaan, dengan ChromeOS, keselamatan kukuh, pengurusan ringkas, akses fleksibel, kelajuan pantas dan sokongan pentadbiran yang lebih diperbaiki. Chromebook Plus Spin pula dikhaskan untuk pengguna individu.

    Rekaannya mempunyai pengiktirafan tentera MIL-STD 810H untuk ketahanan tinggi, manakala beratnya pula bermula daripada 1.5kg sahaja. Papan kekuncinya mempunyai cahaya latar (backlit) supaya anda masih boleh menaip dalam situasi malap.

    Acer Chromebook Plus Enterprise 515 (CBE595-2/T)
    Acer Chromebook Plus Enterprise Spin 514 (CPE594-1N)
    Acer Chromebook Plus Spin 514 (CP514-4HN)

    Ia dilengkapi spesifikasi seperti pemproses Intel Core 7 150U, RAM LPDDR5X sehingga 16GB, bateri yang boleh bertahan sehingga 10 jam dan modem Wi-Fi 6E. Sewaktu membuang panggilan video pula, webcam komputer ini dilengkapi Temporal Noise Reduction (TNR) untuk pembatalan bunyi hingar, manakala Google AI boleh meningkatkan pencahayaan, ketajaman imej dan mengkaburkan latar belakang.

    Skrin Enterprise 515 mempunyai panel IPS berukuran 15.6 inci dengan resolusi 1920×1080, manakala Enterprise 514 pula berukuran 14 inci dengan resolusi 1920×1200. Engselnya boleh berputar 360 darjah untuk fleksibiliti kegunaan, sama ada anda ingin gunakannya seperti komputer atau tukarkannya kepada mod tablet.

    Berikut adalah harga pelancaran dalam pasaran Amerika Syarikat untuk semua komputer di atas:

    • Acer Chromebook Plus Enterprise 515 (CBE595-2/T): USD649.99 (~RM3,060)
    • Acer Chromebook Plus Enterprise Spin 514 (CPE594-1N): USD749.99 (~RM3,530)
    • Acer Chromebook Plus Spin 514 (CP514-4HN): USD549.99 (~RM2,590)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan komputer-komputer ini untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured