More

    Counterpoint: Pasaran jam tangan pintar global jatuh buat kali pertama

    ​Pada tahun 2024, penghantaran jam tangan pintar global mencatat penurunan sebanyak 7% berbanding tahun sebelumnya yang menandakan kemerosotan pertama dalam pasaran ini. Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kelemahan dalam segmen jam tangan pintar asas terutamanya di India.

    Hal ini di mana permintaan pengguna menurun akibat kitaran penggantian yang perlahan, kekurangan inovasi dan pengalaman pengguna yang kurang memuaskan bagi pembeli kali pertama. Walaupun mengalami penurunan penghantaran sebanyak 19% tahun ke tahun, Apple mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran global.

    Penurunan ini disebabkan oleh persaingan yang semakin sengit dan kitaran peningkatan produk yang lemah. Di samping itu, ketiadaan model Ultra 3 dan peningkatan ciri yang minimum dalam siri S10 menyebabkan pengguna menangguhkan pembelian. Pertikaian paten juga mengehadkan penghantaran pada separuh pertama tahun tersebut.

    Sebaliknya, Samsung mencatat pertumbuhan sebanyak 3% tahun ke tahun yang didorong oleh penerimaan kukuh terhadap model baharu seperti Galaxy Watch 7, Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch FE Series. Xiaomi juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan pertumbuhan terpantas pada tahun 2024 yang melonjak kedudukannya kepada lima jenama teratas buat pertama kali.

    Pertumbuhan Xiaomi didorong oleh pengembangan portfolio dan prestasi kukuh siri Watch S1 dan Redmi Watch di semua rantau. Menariknya, China buat pertama kali mencatat penghantaran tertinggi yang mengatasi Amerika Utara dan India pada tahun 2024. Pencapaian ini didorong oleh prestasi kukuh jenama tempatan seperti HUAWEI, Imoo dan Xiaomi.

    Segmen jam tangan pintar kanak-kanak adalah satu-satunya yang menyaksikan peningkatan berikutan peningkatan kesedaran ibu bapa dan pengembangan jenama dalam kategori ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured