More

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia dipilih sebagai pasaran pertama dalam ekosistem global Coway untuk memperkenalkan siri ini.

    Pelancaran tersebut berlangsung bersempena ulang tahun ke-20 Coway di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada kempen “We Never Compromise” iaitu satu mesej yang menekankan komitmen jenama itu untuk terus bergerak ke hadapan tanpa berkompromi dari aspek inovasi, reka bentuk, keselesaan dan pengalaman pengguna.

    Bukan Lagi Sekadar Jenama Perkakas Rumah

    Langkah memperkenalkan kategori peti sejuk dilihat sebagai sebahagian daripada evolusi Coway untuk menjadi jenama gaya hidup moden yang lebih menyeluruh. Menurut Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia, ulang tahun ke-20 bukan sekadar meraikan perjalanan yang telah dilalui, tetapi menjadi titik permulaan kepada hala tuju baharu jenama itu.

    Dua Model Untuk Gaya Hidup Berbeza

    Siri baharu ini hadir dengan dua pilihan iaitu Peti Sejuk Empat Pintu 551L dan Peti Sejuk Dua Pintu 715L. Model Multi-Door memfokuskan kepada fleksibiliti ruang dan penyejukan konsisten menerusi sistem storan pelbagai zon serta rekaan yang lebih tersusun untuk kegunaan harian.

    Sementara itu, model Dua Pintu pula menawarkan kapasiti lebih besar bersama ciri yang memberi penekanan kepada kebersihan dan pemeliharaan kesegaran bahan makanan untuk tempoh lebih lama. Kedua-dua model turut disokong dengan pendekatan servis dan penjagaan berkala yang menjadi antara identiti utama Coway.

    Coway Innovation Fest Jadi Pentas Pengalaman Produk

    Bagi menghidupkan pelancaran ini, Coway menampilkan kolaborasi bersama ilustrator tempatan melalui koleksi barangan eksklusif yang direka khas sepanjang acara Coway Innovation Fest di Pavilion Bukit Jalil dari 15 hingga 19 Julai. Sepanjang acara berlangsung, pengunjung boleh mencuba sendiri pelbagai pengalaman interaktif termasuk demonstrasi memasak secara langsung, aktiviti bertemakan organisasi dapur serta penawaran barangan eksklusif hasil kolaborasi bersama ilustrator tempatan.

    Melalui pendekatan ini, Coway bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut memperlihatkan bagaimana inovasi boleh disepadukan secara lebih dekat dengan kehidupan harian pengguna. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Coway.

    Siri Kerusi Urut Pintar Coway BEREX SENNO dan SENNO Plus

    Coway meluaskan barisan produk melalui sub-jenama rehat dan tidur, BEREX (Bed & Relax), dengan memperkenalkan dua model kerusi urut pintar terbaharu iaitu BEREX SENNO dan BEREX SENNO Plus. Kedua-dua model dilengkapi teknologi sensor biometrik masa nyata Imbasan Kesihatan yang mengukur tahap oksigen darah, kadar denyutan jantung, mikroperedaran darah dan nilai keletihan badan untuk membina program pemulihan tersuai secara automatik.

    "
    "

    Bagi memberikan keupayaan urutan premium, siri ini menggunakan sistem penggelek mekanikal 4D yang melaras kedalaman, tekanan, kelajuan dan ritma pergerakan secara berterusan (teknik menguli, menepuk dan Shiatsu) untuk meniru pergerakan tangan manusia secara semula jadi. Selain itu, pengguna boleh mengaktifkan mod bebas tangan sepenuhnya melalui sistem kawalan suara pintar dengan arahan terus “Hello BEREX”.

    Bagi melengkapkan pemulihan otot teras, kedua-dua model dilengkapi fungsi terapi haba sasaran di mana model SENNO memfokuskan pemanasan pada bahagian pinggang, manakala model SENNO Plus merangkumi kedua-dua bahagian pinggang dan betis.

    BEREX SENNO Plus (MC-LUX01):

    • Fizikal dan Kuasa: Berwarna coklat, berat 94.7kg, dimensi 750 x 1550 x 1121 mm dan penggunaan kuasa 150W.
    • Ciri Urutan: Dilengkapi 44 beg udara, 20 program automatik dan fungsi khas regangan pergelangan kaki 140 darjah.
    • Harga: RM10,000.
    • Pakej Sewaan: RM165/bulan (tanpa servis) atau RM185/bulan (termasuk Servis Penjagaan 7-Langkah percuma selama 5 tahun).

    BEREX SENNO (MC-DLX01):

    • Fizikal & Kuasa: Berwarna biru, berat 86.7kg, dimensi 730 x 1510 x 1121 mm dan penggunaan kuasa 90W.
    • Ciri Urutan: Dilengkapi 34 beg udara dan 16 program automatik.
    • Harga Belian: RM9,000.
    • Pakej Sewaan: RM145/bulan (tanpa servis) atau RM165/bulan (termasuk Servis Penjagaan 7-Langkah percuma selama 5 tahun).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...