More

    Cubaan dron untuk seludup dadah di Penjara Tapah gagal

    Polis merampas sebuah dron yang dipercayai digunakan untuk menyeludup dadah ke Penjara Tapah. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, seorang sarjan penjara ternampak dron itu di atas bumbung bangunan ketika membuat rondaan di penjara itu pada 11.30 pagi semalam. Beliau berkata beg dobi mengandungi dadah ditemui melekat pada dron itu.

    Siasatan awal mendapati beg tersebut mengandungi satu peket plastik lutsinar yang memuatkan tiga peket plastik berisi serbuk putih disyaki heroin seberat 122 gram (g). Polis turut menemui dua peket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki methamphetamine seberat 12.9 g.

    Azizi berkata ini adalah kes pertama orang menggunakan dron untuk menyeludup dadah ke dalam penjara. Polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis memandang serius aktiviti penyeludupan dadah terutama jika melibatkan kemasukan dadah ke dalam penjara.

    Siasatan menyeluruh akan dilakukan untuk membanteras isu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured