More

    CUCKOO x Samsung: TV, tablet dan mesin basuh AI kini boleh sewa bermula RM148/bulan

    CUCKOO Malaysia dan Samsung Malaysia melancarkan fasa baharu kerjasama “CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created” dengan memperkenalkan tiga produk teknologi AI melalui pelan sewaan bagi mengurangkan kos pendahuluan pengguna.

    Produk tersebut merangkumi mesin basuh pengering AI Samsung (12/7kg) pada harga RM150 sebulan untuk 36 bulan, TV Pintar AI Samsung 65 inci pada RM148 sebulan untuk 36 bulan dan tablet Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (256GB) pada RM160 sebulan untuk 24 bulan.

    Mesin basuh tersebut dilengkapi teknologi AI Wash dan AI EcoBubble serta disertakan servis berkala setiap enam bulan manakala ketiga-tiga produk ini didatangkan dengan jaminan eksklusif selama tiga tahun. Selain pelancaran, CUCKOO Malaysia secara rasmi dilantik oleh Tourism Malaysia sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

    Kerjasama ini melibatkan pemasangan 97 stesen air di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi menyediakan akses air bersih serta mengurangkan penggunaan botol plastik sekali guna. CUCKOO turut memperkenalkan maskot pertama bernama HEPI dan mengekalkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza serta Phei Yong sebagai duta jenama untuk mempromosikan mesej #SAMASAMAHealthier.

    CUCKOO Malaysia telah merekodkan jumlah hasil RM1.1 bilion dengan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM105.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Keuntungan suku keempat 2025 melonjak 171.0% kepada RM36.5 juta berbanding suku sebelumnya manakala segmen Co-Created menyumbang RM221.1 juta atau 20.1% kepada jumlah hasil tahunan.

    Prestasi ini didorong oleh margin yang lebih tinggi serta strategi pengurusan kredit yang lebih berkesan melalui model perniagaan berasaskan sewaan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...