More

    Cukai jalan EV 85% lebih rendah berbanding kenderaan konvensional

    Mulai 1 Jan 2026, struktur cukai jalan yang baharu diperkenalkan yang disesuaikan untuk kenderaan elektrik (EV) akan berkuat kuasa. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan bahawa purata kadar cukai jalan EV akan menyaksikan pengurangan ketara sehingga 85 peratus berbanding kadar semasa untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

    Cukai ini akan meningkat selari dengan peningkatan kuasa motor elektrik yang biasanya mencerminkan peningkatan dalam harga pembelian, saiz, segmen dan berat kenderaan.

    Tambahnya, setiap lima tahun kerajaan akan mengkaji kadar tersebut untuk memastikan peralihan yang lancar kepada kenderaan sifar pelepasan karbon dan mengurangkan sebarang kesan mendadak terhadap hasil kerajaan.

    Prinsip asas cukai jalan EV memperincikan sistem berasaskan blok yang dikategorikan mengikut julat kuasa motor dengan setiap blok mempunyai kadar fi Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) minimum dan maksimum.

    Sebagai contoh, blok 1 merangkumi ZEV dengan kuasa motor antara 1 watt hingga 100,000 watt manakala blok 2 meliputi ZEV dengan kuasa motor daripada 100,001 watt hingga 210,000 watt.

    Dalam setiap blok, cukai LKM meningkat secara berperingkat dengan setiap kenaikan 9,999 watt dalam kuasa motor. Contoh lain, BYD Dolphin dengan kapasiti 130kW hanya akan dikenakan cukai RM120 jauh lebih rendah daripada cukai LKM sedia ada sebanyak RM624. Tesla Model Y dengan kapasiti 220kW cukainya ialah RM305 berbanding cukai LKM semasa sebanyak RM2,583.

    Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak lama lagi akan mengumumkan kadar cukai untuk segmen EV dan menekankan komitmen untuk memajukan inisiatif pengangkutan mampan.Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured