More

    CyberSecurity Malaysia bekerjasama dengan pelbagai syarikat swasta untuk kukuhkan keselamatan siber negara

    Selepas mengumumkan kerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) pada minggu lalu, CyberSercurity Malaysia (CSM) pada hari ini memeterai jalinan kerjasama dengan sepuluh pertubuhan tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan tahap serta memperluas kerjasama dalam bidang keselamatan siber negara.

    Kerjasama tersebut dimeterai dalam bentuk pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) yang berlangsung dalam acara CyberDSA 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Berikut adalah senarai pertubuhan dan syarikat yang terlibat dalam kerjasama dengan CSM:

    1. Bitdefender SRL
    2. Delta Spike Asia Sdn Bhd
    3. Group-IB Global Private Limited
    4. Intellize Tech Services
    5. Rawsec Private Limited
    6. Security Scorecard Inc, USA
    7. Telekomunikasi Indonesia International (M) Sdn Bhd
    8. AI MSP Sdn Bhd & Flexxon Pte Ltd
    9. Malaysian Association of Certified Fraud Examiners
    10. Awantech Systems Sdn Bhd
    11. Rocheston Private Limited, India

    Majlis pertukaran MoU dan MoA ini disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Digital, YB Tuan Fabian Bigar. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CSM Dato’ Dr Haji Amirudin Abdul Wahab pula berkata jalinan kerjasama yang dimeterai dengan pelbagai organisasi ini menunjukkan keseriusan semua pihak untuk mengekalkan pertahanan prasarana keselamatan siber pada tahap yang mampan dan berdaya tahan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...