More

    Daftar masuk ke dalam MyJPJ akan gunakan MyDigital ID sahaja bermula Februari 2026

    Bermula 1 Februari 2026, aplikasi rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), MyJPJ, akan mula menggunakan pendaftaran masuk (login) melalui MyDigital ID sahaja untuk pengguna berumur 18 tahun dan ke atas.

    Ini akan menggantikan sistem pendaftaran masuk sedia ada yang menggunakan nombor IC 12 angka dan kata laluan. Untuk pengguna berumur bawah 18 tahun and pemegang kad MyPR pula, anda boleh terus mendaftar masuk menggunakan kaedah tesebut.

    Setakat November 2025, JPJ melaporkan bahawa aplikasi MyJPJ telah dimuat turun oleh lebih 13 juta pengguna. Daripada jumlah tersebut, 1.3 juta telah menggunakan kaedah pendaftaran MyDigital ID untuk mendaftar masuk ke dalamnya.

    Para pengguna yang lain pula perlu menggunakan proses pendaftaran kali pertama yang turut menyertakan kaedah pengecaman muka untuk mula berpindah kepada MyDigital ID.

    Dengan berpindah kepada kaedah MyDigital ID, JPJ berharap ia boleh mengurangkan risiko pendaftaran masuk secara tidak sah dan pendaftaran akaun palsu, sambil menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kemudahan digital.

    Jika anda tidak tahu, MyDigital ID merupakan sebuah penyelesaian identiti kebangsaan yang bertujuan untuk memudahkan anda mendaftar masuk ke dalam perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan awam. Jika sebelum ini anda perlu memiliki gabungan kata nama dan kata laluan yang berlainan untuk setiap perkhidmatan kerajaan, kini MyDigital menawarkan kaedah pendaftaran sekali sahaja untuk setiap perkhidmatan kerajaan.

    Jika anda belum membuat pendaftaran MyDigital ID, anda perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID daripada Google Play Store, Apple App Store atau HUAWEI App Gallery, kemudian lengkapkan pendaftaran dengan pengesahan muka sebelum 1 Februari 2026 supaya anda masih boleh akses aplikasi MyJPJ selepas 1 Februari 2026.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured