More

    Dapatkan diskaun sehingga RM1,800 untuk iPhone, iPad, MacBook dan pelbagai peranti Apple di iTworld!

    Jika anda sedang mencari sebarang peranti Apple seperti telefon pintar iPhone, tablet iPad atau komputer riba MacBook, anda boleh dapatkan diskaun di iTworld sempena promosi bulan Merdeka yang akan berlangsung sepanjang Ogos ini.

    iTworld merupakan salah satu pengedar sah untuk produk Apple di Malaysia dan anda boleh nikmati diskaun sehingga RM1,800 untuk pelbagai kategori peranti. Berikut adalah senarai produk Apple yang akan dijual pada harga diskaun oleh iTworld sepanjang promosi ini:

    iPhone

    Anda boleh dapatkan diskaun yang sangat tinggi untuk siri iPhone 15 yang terbaru, terutamanya untuk varian iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dengan potongan harga sebanyak RM800. 

    Jika anda masih tidak mempunyai bajet untuk siri iPhone 15, siri iPhone yang sebelumnya juga akan dijual pada harga diskaun. Berikut adalah maklumat lanjut untuk seluruh promosi iPhone:

    • Siri iPhone 15 Pro: Potongan harga sebanyak RM800, dengan harga promosi bermula RM4,699
    • Siri iPhone 15: Potongan harga sebanyak RM700, dengan harga promosi bermula RM3,699
    • Siri iPhone 14: Potongan harga sebanyak RM700, dengan harga promosi bermula RM3,099
    • Siri iPhone 13: Potongan harga sebanyak RM700, dengan harga promosi bermula RM2,599
    • Siri iPhone 11: Potongan harga sebanyak RM800, dengan harga promosi bermula RM1,599

    Dengan setiap pembelian iPhone di atas (kecuali iPhone 11), anda akan menerima power bank Aukey 1,000mAh Ultra Thin Powerbank atau pengecas 20W USB-C Power Adapter.

    iPad

    Jika anda berminat untuk memiliki tablet, iPad (5th Gen) akan dijual dengan potongan harga sehingga RM600 bagi memudahkan anda memilikinya.

    Untuk mereka yang inginkan tablet lebih canggih, iPad Pro 11 inci dengan cip M2 akan dijual pada harga promosi bermula RM3,899. Setiap pembelian tablet ini akan disertakan dengan stilus Apple Pencil (2nd Gen) atau fon telinga wayarles AirPods (2nd Gen). Berikut adalah maklumat lanjut untuk promosi iPad:

    • iPad (9th Gen): Potongan harga sehingga RM300, dengan harga promosi bermula RM1,339
    • iPad (5th Gen): Potongan harga sehingga RM600, dengan harga promosi bermula RM2,499
    • iPad Pro (11 inci, M2) dengan Apple Pencil (2nd Gen) atau AirPods (2nd Gen): Bermula RM3,899

    MacBook Air

    Buat mereka yang ingin memiliki MacBook Air buat kali pertama atau mencari MacBook Air yang murah, anda digalakkan untuk membeli MacBook Air (13 inci, M1) yang akan menerima potongan harga setinggi RM1,100, menjadikan harga jualannya bermula daripada RM3,299 sahaja.

    Jika anda mahukan MacBook Air dengan cip yang lebih terkini, MacBook Air (M2) akan menerima potongan harga sehingga RM700 manakala MacBook Air (M3) juga akan menerima potongan harga sehingga RM700.

    Berikut adalah maklumat lanjut untuk promosi MacBook Air:

    • MacBook Air (13 inci, M1): Potongan harga sebanyak RM1,100, dengan harga promosi bermula RM3,299. Turut didatangkan dengan langganan Microsoft 365 Personal selama 1 tahun (bernilai RM309)
    • MacBook Air (M2): Potongan harga sehingga RM1,800, dengan harga promosi bermula RM4,099
    • MacBook Air (M3): Potongan harga sehingga RM700, dengan harga promosi bermula RM4,499 (sehingga 31 Ogos sahaja)

    AirPods dan Apple Watch

    Anda boleh dapatkan fon telinga wayarles AirPods (3rd Gen) dan AirPods (2nd Gen) dengan potongan harga sehingga RM150.

    Untuk jam tangan pintar, anda boleh dapatkan potongan harga sebanyak RM150 untuk Apple Watch SE, manakala Apple Watch S9 pula akan menerima potongan harga sebanyak RM250.

    Perlu diingati bahawa promosi untuk AirPods dan Apple Watch akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2024 sahaja.

    Bayar lebih mudah dengan pelan Chailease Paylater

    Bagi memudahkan anda memiliki peranti Apple, iTworld menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang sesuai dengan sebarang status kewangan anda. Jika anda tidak mempunyai kad kredit untuk melaksanakan pembayaran untuk iPhone atau mana-mana peranti lain, anda boleh pilih bayaran ansuran selama 48 bulan. Anda hanya perlu tunjukkan kad pengenalan atau ID pelajar sewaktu membuat pembelian. Pelajar dibenarkan untuk buat pembayaran sehingga 36 bulan.

    iTworld juga menerima pembelian secara pertukaran dengan peranti lama (trade-in), termasuklah telefon, tablet, jam tangan, AirPods dan komputer. Ini akan membenarkan anda membeli peranti Apple di atas dengan lebih murah.

    Jika anda lebih gemar menggunakan kad kredit, iTworld menawarkan pelan ansuran selama 36 bulan dengan kadar 0% untuk pengguna kad kredit terpilih. Untuk pengguna kad debit pula, anda boleh gunakan pelan Buy Now, Pay Later dengan tempoh sehingga enam bulan.

    Semua promosi di atas boleh didapati di semua cawangan iTworld dan GLOO Hyperstore Queensbay Mall (Pulau Pinang). Anda juga boleh layari laman web iTworld untuk maklumat lanjut atau ikuti media sosial iTworld di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mengikuti perkembangan dan promosi terkini daripada mereka.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti Apple dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh iTworld]

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured