More

    Dapatkan diskaun sehingga RM2,000 apabila anda pra-tempah Samsung Odyssey OLED G9

    Samsung Malaysia bakal melancarkan monitor gaming Samsung Odyssey OLED G9 dalam masa terdekat, jadi mereka akan menganjurkan promosi khas untuk para pelanggan awal yang memesan produk ini.

    Monitor ini mempunyai panel QD-OLED berukuran 49 inci dengan rekaan melengkung 1000R, nisbah aspek 32:9, resolusi 5,120×1440, kadar segar semula 240Hz, nisbah kontras 1,000,000:1, kecerahan 2,000 nits dan waktu tindak balas 0.03 milisaat.

    Teknologi Quantum Mini LED dalam monitor ini boleh menjana kecerahan yang terkawal dan kontras yang terbaik. Ia mempunyai zon pemalapan (dimming zones) sebanyak 2,048 zon dan tahap kehitaman 12-bit untuk kualiti imej yang jelas.

    Ia turut dilengkapi G-Sync dan AMD FreeSync untuk penyeragaman dengan GPU serta mengurangkan efek gagap (stutter) pada imej.

    Satu ciri menarik untuk monitor ini adalah ia disepadukan dengan aplikasi Samsung Smart TV yang bermaksud anda boleh mengakses aplikasi streaming, hiburan dan permainan video tanpa perlu menghubungkan monitor ini kepada sebuah komputer. Sungguh pun begitu, ciri Samsung Smart TV hanya ditawarkan untuk varian G95SC, manakala varian G93SC tidak memilikinya.

    Di belakang, monitor ini mempunyai cahaya RGB dengan teknologi CoreSync untuk menghasilkan warna yang serupa dengan imej yang dipaparkan. Ia juga boleh disengetkan dan diubah ketinggiannya mengikut keselesaan pengguna.

    Berikut adalah harga promosi awal untuk Samsung Odyssey OLED G9:

    • 49″ Odyssey OLED G9 (G95SC): RM7,999 (harga asal RM9,999)
    • 49″ Odyssey OLED G9 (G953C): RM7,599 (harga asal RM9,499)

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 23 Julai 2023 sahaja dan ia boleh didapati dari laman web Samsung Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured