More

    Dapatkan “game” Saints Row: The Third Remastered secara percuma sebelum 2 September!

    Syarikat pembina game Volition telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan versi reboot untuk game popular Saints Row dan ia dijadualkan untuk dilancar pada 25 Februari 2022. Sempena pengumuman tersebut, Volition kini menawarkan game Saints Row: The Third Remastered versi PC secara percuma untuk masa terhad.

    Tawaran ini hanya boleh dituntut dalam platform Epic Games Store dan akan berlangsung sehingga 2 September. Jika anda mendapatkannya sebelum tarikh tersebut, Saints Row: The Third Remastered akan dimasukkan ke dalam akaun Epic Games anda dan ia boleh dimainkan pada bila-bila masa.

    Saints Row: The Third yang diperkenalkan pada 2011 merupakan sebuah open-world game jenayah yang menampilkan pelbagai aksi gila dan kelakar, dan telah disifatkan sebagai GTA dengan corak permainan yang lebih kecoh.

    Layari laman web Epic Games Store untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...