More

    Dapatkan jam tangan pintar Samsung apabila anda membeli telefon Samsung Galaxy

    Jika anda sedang menunggu masa yang sesuai untuk membeli telefon pintar Samsung Galaxy, sekarang adalah masanya. Samsung Malaysia sedang menjalankan promosi di mana pembelian sesetengah model Samsung Galaxy akan disertakan dengan jam tangan Galaxy Fit atau Galaxy Fit-e.

    Jika anda membeli Galaxy S10 Lite atau Galaxy Note 10 Lite, anda akan mendapatkan jam tangan pintar Galaxy Fit yang bernilai RM369.

    Sementara itu, jika anda membeli telefon kelas pertengahan Galaxy A51 atau Galaxy A71 pula, anda akan mendapatkan jam tangan pintar Galaxy Fit-e bernilai RM139.

    Selain itu, jika anda turut beli bersama mana-mana peranti boleh pakai Samsung dan mencapai jumlah harga pembelian RM3,000, anda layak mendapat potongan RM300 dengan kod promosi “HOME300“.

    Tawaran ini sah sehingga 7 Jun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured