More

    Dapatkan realme 6i dengan harga RM599 sahaja di Shopee sempena menyambut Ramadan

    Terdahulu, realme Malaysia telah melancarkan realme 6i di pasaran teknologi Malaysia. Peranti gaming dengan kamera quad 48MP ini sememangnya hadir dengan harga yang berpatutan. Terkini, anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah, RM599 melalui Shopee terhad pada 23 April ini sahaja.

    Jualan sempena menyambut kedatangan Ramadan ini bermula pada jam 12 tengah malam ini sehingga 11.59 malam 23 April 2020. realme 6i hadir di pasaran dengan varian 3GB+64GB (harga asal RM699) dan 4GB+128GB (harga asal RM899). Untuk makluman, realme 6i yang berharga RM599 adalah varian 3GB+64GB. Anda boleh memilih pilihan warna mengikut citarasa anda sama ada warna White Milk atau Green Tea di laman Shopee.

    Untuk melihat spesifikasi peranti dengan bateri besar 5000mAh ini dengan lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan ini atau semak liputan pelancarannya. Kunjungi laman YouTube Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk menonton pandangan pertama kami mengenai realme 6i.

    Adakah anda akan menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured