More

    Dapatkan Samsung Galaxy Note20 5G pada harga 63 sen melalui tawaran 63MILANG Celcom

    Celcom Axiata Berhad mulai hari ini akan menganjurkan tawaran eksklusif 63MILANG (GEMILANG) di mana pelanggan berpeluang membeli telefon pintar flagship Samsung Galaxy Note20 5G pada harga 63 sen sahaja. Sementara itu, pelanggan Celcom MEGA pula boleh memilih antara dua model telefon pintar secara percuma.

    Untuk membeli Galaxy Note20 pada harga yang sangat murah ini, pelanggan perlu berdaftar dengan mana-mana pelan Celcom, muat turun dan daftar masuk dalam aplikasi Celcom Life, klik pada “Tawaran 63MILANG” dan masukkan entri harian dengan menekan butang “Sertai Sekarang.”

    Pelanggan Celcom MEGA pula boleh pilih dua model telefon pintar dari pelbagai jenis termasuk vivo Y50, OPPO A92, Samsung Galaxy A51, A11 dan banyak lagi. Bagi pelanggan prabayar Xpax, mereka boleh mendapatkan kuota internet percuma sebanyak 63GB selama tiga hari apabila mereka melanggan Pas Internet 30 Hari.

    Dalam pada itu, Celcom turut melancarkan kempen MeReka Merdeka di mana mereka bekerjasama dengan artis-artis tempatan dalam menghasilkan pelbagai pelitup muka yang dihiasi tema-tema kemerdekaan dan budaya tempatan.

    Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Celcom. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured