More

    Dapatkan siri Redmi Note 11 untuk nikmati telefon 5G berprestasi tinggi dengan harga mampu milik!

    Siri Redmi Note adalah antara siri telefon pintar kelas pertengahan yang terlaris di kalangan rakyat Malaysia kerana ia menawarkan spesifikasi sangat canggih untuk harga yang dijual. Legasi tersebut diteruskan lagi dengan Redmi Note 11, Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G yang dilancar pada Februari lalu dan ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

    Kini, Redmi Malaysia melancarkan dua lagi varian dalam siri telefon ini iaitu Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G, di mana kedua-dua peranti ini dibina khas bagi membantu rakyat Malaysia memiliki telefon 5G berprestasi tinggi dengan harga mampu milik. Jika anda masih tidak mengenali varian Redmi Note 11 yang baharu ini, berikut adalah lima sebab kenapa telefon ini boleh menjadi peranti sesuai untuk anda:

    Redmi Note 11 Pro+ 5G dalam warna Graphite Grey

    1 – Sokongan 5G untuk harga mampu milik

    Infrastruktur rangkaian 5G semakin rancak dibina di Malaysia, terutamanya dengan penglibatan Digital Nasional Berhad (DNB), beberapa syarikat telekomunikasi dan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh kerajaan.

    Jadi jika anda miliki Redmi Note 11 Pro+ 5G atau Redmi Note 11S 5G, anda berpeluang untuk menjadi antara golongan terawal untuk mengakses rangkaian 5G apabila ia ditawarkan kepada pengguna awam pada masa hadapan. Lebih menarik lagi adalah kedua-dua telefon dijual pada harga yang sangat mampu milik, jadi anda boleh menikmati kelajuan internet 5G tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli telefon yang menyokong rangkaian pantas ini.

    Redmi Note 11 Pro+ dalam warna Forest Green

    2 – Cipset 5G dengan nod proses 6nm untuk prestasi pantas

    Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G bukan sekadar boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G, ia turut boleh menjana prestasi pantas yang hampir setaraf dengan telefon pintar andalan (flagship).  Kedua-dua telefon mempunyai cipset 5G dengan nod proses 6 nanometer (nm) untuk memberikan prestasi pantas kepada pengguna.

    Nod proses merujuk kepada kepanjangan transistor gate dalam cipset, di mana nod proses yang lebih pendek akan menghasilkan prestasi lebih pantas. Dengan cipset 6nm, segala jenis aplikasi boleh dibuka dengan pantas dalam telefon ini. Redmi Note 11 Pro+ 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 920, manakala Redmi Note 11S 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810.

    Redmi Note 11 Pro+ 5G dalam warna Star Blue

    3 – Telefon Redmi pertama dengan pengecasan pantas 120W!

    Satu ciri yang sangat unik untuk Redmi Note 11 Pro+ 5G adalah ia merupakan telefon Redmi pertama yang menyokong kadar pengecasan pantas 120W. Dengan kadar tersebut, bateri 4,500mAh dalam telefon ini boleh dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja. Ini adalah jauh lebih pantas berbanding pengecasan dalam telefon lain yang lebih mahal.

    Untuk Redmi Note 11S 5G pula, walaupun ia tidak dilengkapi pengecasan pantas 120W, ia masih mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5,000mAh. Bateri ini pasti boleh bertahan selama lebih daripada sehari, walaupun dengan penggunaan aplikasi yang berat.

    "
    "
    Redmi Note 11 Pro+ 5G menawarkan kamera utama 108MP

    4 – Kamera 108MP untuk kualiti gambar yang jelas

    Buat mereka yang mengutamakan fotografi, Redmi Note 11 Pro+ 5G menawarkan kamera utama 108MP untuk menangkap butiran yang tinggi dalam setiap gambar anda. Kamera utamanya mempunyai sensor Samsung HM2 dan dual native ISO untuk mengambil gambar yang cantik dan jelas walaupun dalam suasana malap. Turut mendampingi kamera utama itu adalah kamera ultra-lebar 8MP dan kamera telemakro 2MP.

    Redmi Note 11S 5G pula menawarkan kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP bagi menghasilkan gambar dengan efek latar belakang kabur yang kemas dalam mod Potret.

    5 – Skrin dengan kadar segar semula tinggi untuk pengalaman pantas

    Walaupun ini adalah telefon kelas pertengahan, tidak semestinya ia tidak mempunyai skrin yang boleh menyaingi telefon andalan. Skrin Redmi Note 11 Pro+ 5G dilengkapi panel AMOLED DotDisplay dengan kadar segar semula (refresh rate) setingga 120Hz untuk penggunaan yang lebih lancar sewaktu menatal (swiping) skrin.

    Redmi Note 11S 5G juga menawarkan skrin pantas, iaitu dengan kadar 90Hz untuk penggunaan yang sangat lancar.

    Jika anda sudah bulat hati untuk membeli salah satu daripada dua telefon ini, anda boleh membelinya di kedai rasmi Authorised Xiaomi Stores, Lazada atau Shopee. Redmi Note 11 Pro+ 5G akan dijual secara atas talian saja pada harga:

    • 8GB+128GB: RM1,499
      • Jualan kilat pada 6 April 2022 sahaja: RM1,399
    • 8GB+256GB: RM1,599
      • Jualan kilat pada 6 April 2022 sahaja: RM1,499

    Untuk Redmi Note 11S 5G pula, ia akan dijual bermula 22 April 2022 pada harga RM999 (6GB+128GB).

    Selain dua telefon ini, Redmi Malaysia turut akan menjual Redmi Note 11 (Xiaomi Fan Festival Edition) pada harga RM749 (4GB+128GB). Sungguh pun begitu, ia boleh dibeli dengan harga diskaun pada 6 April 2022 sahaja iaitu RM699.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli varian Redmi Note 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...