More

    Daripada menatal hingga bermain “game”, semua lancar macam mentega!

    Telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi yang baik dan harga yang mesra poket amatlah menjadi tumpuan pengguna hari ini. Oleh itu, Samsung telah menghasilkan sebuah telefon pintar Galaxy S23 FE yang sarat dengan spesifikasi yang menarik dengan harga yang berpatutan serta dibuat khas untuk menghargai peminat.

    Mengambil inspirasi reka bentuk daripada siri Galaxy S23, Galaxy S23 FE hadir dengan ciri-ciri yang tidak kurang hebatnya. Ciri-ciri yang dimaksudkan termasuk kamera Nightography yang cantik, skrin yang lancar dan sesi gaming yang mengasyikkan.

    Paparan merupakan salah satu elemen yang penting bagi sesebuah telefon pintar kerana ia akan memaparkan segala visual yang pengguna inginkan. Samsung Galaxy S23 FE menampilkan visual yang kaya dan mengasyikkan pada paparan Dynamic AMOLED 2x menjadikan grafik permainan menonjol dengan terperinci.

    Walaupun berada di bawah cahaya matahari yang terang, Vision Booster dan maksimum 1,000 nits HBM memastikan setiap perincian yang jelas. Tambahan, kadar penyegaran sehingga 120Hz memperkasakan permainan yang sangat lancar dengan tindak balas sentuhan. Sama ada anda bermain game, menonton video atau menatal Instagram, skrin Galaxy S23 FE memang terbaik.

    Gaming? Tiada masalah!

    Hadir dengan chipset Exynos 2200 dan teknologi Ray Tracing, anda sepatutnya boleh menjangkakan prestasi yang ditawarkan telefon ini ketika sesi gaming. Ray Tracing ialah kaedah pemaparan terkini yang menunjukkan kesan grafik dalam masa nyata dengan menjejak sinar cahaya.

    GPU Galaxy S23 FE dilengkapi dengan perkakasan untuk mempercepatkan simulasi pengesanan sinar seperti GPU yang terdapat pada desktop. Ia memaparkan bayang-bayang dan pantulan cahaya dalam permainan mudah alih dengan cara yang lebih realistik. Selain itu, terdapat ruang wap 3.9x lebih besar berbanding model sebelumnya untuk kawalan haba yang dipertingkatkan bagi memastikan peranti sejuk untuk permainan intensif.

    Jika anda berminat dengan Samsung Galaxy S23 FE ini, anda boleh datang ke kedai rasmi Samsung berdekatan atau layari laman rasmi Samsung Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S23 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    PromosiTempoh promosi
    Diskaun RM500 (Eksklusif untuk peminat #GalaxyTroop)  1 Disember 2023 – 31 Disember 2023  
    Peningkatan Storan Berganda bernilai RM300
    Istimewa Trade-in bernilai sehingga RM800
    Diskaun sehingga 30% PWP untuk aksesori Samsung terpilih, Samsung Care+ dan Siri Buds

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured