More

    Data Kaspersky menunjukkan serangan perisian hasad di Malaysia menurun

    Dalam tempoh Oktober hingga Disember 2019, Kaspersky telah mengesan 11,544,340 ancaman pada komputer pengguna di Malaysia dari Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN). Secara keseluruhan 31.9% pengguna hampir dijangkiti oleh serangan siber dalam tempoh ini.

    Serangan siber membabitkan serangan domestik dan perisian hasad (malware) melalui pemacu USB, CD dan DVD serta kaedah dalam talian. Kaspersky terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk mula mengamalkan budaya keselamatan siber yang lebih baik.

    Buletin Keselamatan Kaspersky Q4 2019 melaporkan bahawa rakyat Malaysia terus menjadi lebih sedar dengan ancaman dalam talian di mana mengikut analisis secara keseluruhannya telah menunjukkan penurunan pada Q4 2019.


    Q4 2017Q4 2018Q4 2019
    Web Threats 5,095,1709,840,8705,658,973
    Local Threats19,741,33416,941,59211,544,340
    Threat Sources 112,461217,45598,282

    Kaspersky sangat bermotivasi dengan pengumuman oleh CyberSecurity Malaysia mengenai Sistem Pengesanan dan Sistem Amaran Perisian Hasad, dengan tujuan untuk mengurangkan kesan ancaman bagi organisasi, melalui kerjasama pihak tempatan, awam dan swasta. Perkara ini sangat penting supaya pengguna di Malaysia lebih peka dengan persekitaran siber mereka.

    Untuk mengelak ancaman yang sedang berkembang dalam talian, pakar keselamatan Kaspersky menasihatkan langkah asas yang penting seperti berikut:

    • Berhati-hati apabila menyemak pautan sebelum melawat sebarang laman web, terutamanya kesalahan ejaan atau penyelewengan walaupun anda rasa pernah membuka laman web tersebut sebelum ini.
    • Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda hanya pada sambungan yang selamat. Elakkan log masuk terutamanya pada akaun bank atas talian dan perkhidmatan serupa melalui rangkaian Wi-Fi awam.
    • Ketahui bahawa URL yang bermula dengan “https” adalah tidak selamat.
    • Jangan mempercayai sebarang e-mel dari pengirim yang tidak diketahui sehingga anda dapat mengesahkan keaslian asal-usul mereka.

    Untuk keselamatan dalam organisasi, Kaspersky mengesyorkan seperti berikut:

    • Menegaskan pekerja mengenai risiko seperti peraturan asas untuk tidak membuka e-mel daripada orang yang mereka tidak tahu serta lampiran atau pautan.
    • Sentiasa menyediakan kata laluan di tempat kerja termasuk menggunakan kata laluan yang unik dan memastikan ia selamat daripada di akses oleh orang lain.
    • Menetapkan tahap akses berperingkat, hanya memberi kebenaran kepada mereka yang memerlukannya.
    • Menggabungkan ancaman global ke dalam sistem mereka yang dapat memberikan penglihatan yang mendalam ke organisasi.
    • Memberi latihan Cybersecurity untuk menyampaikan pengetahuan tentang ancaman terkini dan yang paling penting untuk memperbaiki tabiat pekerja dan membentuk corak tingkah laku dengan persekitaran kerja yang lebih selamat.

    Beritahu kami tentang pengalaman anda di laman Facebook kami. Untuk berita teknologi terkini, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured