More

    Spotify perkenal Podcast Clips, kini boleh potong dan kongsi bahagian podcast

    Terbaharu, Spotify memperkenalkan fungsi “Podcast Clips” yang membolehkan pengguna memotong, menyimpan dan berkongsi bahagian tertentu daripada episod podcast secara terus dalam aplikasi. Menerusi fungsi ini, pengguna boleh memilih momen tertentu dalam podcast menggunakan ikon gunting yang tersedia pada paparan “Now Playing”.

    Klip tersebut kemudian boleh disimpan ke pustaka peribadi atau dikongsi kepada pengguna lain melalui pautan terus. Selain klip pendek, Spotify turut membolehkan perkongsian dibuat dalam beberapa format lain termasuk episod penuh, bahagian tertentu serta timestamp spesifik dalam podcast.

    Menurut Spotify, semua klip yang disimpan akan muncul dalam “Your Library” dan boleh dimasukkan ke playlist podcast sedia ada. Fungsi ini ditawarkan kepada pengguna percuma dan berbayar serta dilancarkan secara berperingkat di peringkat global.

    Dalam pengumuman sama, Spotify mendedahkan bahawa ciri “Chapters” kini digunakan secara aktif dengan lebih dua juta simpanan setiap bulan yang menunjukkan peningkatan penggunaan kandungan podcast secara lebih interaktif. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...