More

    Data kerajaan Malaysia didakwa digodam dan dijual dengan harga RM85,500 secara kripto

    Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai penggodam telah menawarkan akses kepada lebih 11 laman web kementerian dan agensi kerajaan Malaysia untuk dijual di forum gelap dalam satu insiden terbaharu yang dibimbangi sebagai kebocoran data berskala besar.

    Dalam satu hantaran yang dimuat naik hujung minggu lalu di platform Dark Forums, individu menggunakan nama “Bigbrother” menyatakan bahawa data yang didedahkan diperoleh daripada sejumlah laman web kerajaan dan kini ditawarkan untuk dijual pada harga AS$20,000 (kira-kira RM85,500).

    Tajuk hantaran tersebut berbunyi “First time breach/leak” dan antara data yang didakwa diceroboh termasuk:

    • Akaun sambungan VPN tempatan
    • Akses shell (antara muka baris arahan kepada pelayan)
    • Pangkalan data rangkaian dan web
    • Subdomain
    • Maklumat perkongsian fail komputer secara tempatan

    Penggodam turut mendakwa mereka masih mempunyai akses langsung kepada sistem-sistem terlibat selain data yang telah dilombong (dumped). Pembayaran bagi akses tersebut boleh dibuat melalui mata wang kripto Monero. Antara laman web yang disenaraikan sebagai terjejas ialah milik:

    • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    • Portal MyGovernment
    • Radio Televisyen Malaysia (RTM)
    • Kementerian Kesihatan
    • Kementerian Pertahanan
    • Kementerian Luar Negeri
    • Kementerian Pendidikan Tinggi

    Penggodam itu turut mendakwa pelanggaran melibatkan “banyak lagi laman gov.my” tanpa menyatakan butiran penuh, namun dilampirkan dengan puluhan tangkapan skrin sebagai bukti. Setakat ini, MalaysiaNow tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan tuntutan tersebut mahupun sejauh mana data berkenaan benar-benar terjejas.

    Walau bagaimanapun, pihak CyberSecurity Malaysia belum memberikan sebarang maklum balas rasmi setakat laporan ini diterbitkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MalaysiaNow

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...