More

    David Beckham kini jadi wajah utama kempen AI global Lenovo

    Lenovo melancarkan kempen global baharu “Maximum David” bersama David Beckham bagi mempromosikan ekosistem AI syarikat itu menjelang FIFA World Cup 2026. Kempen tersebut mengetengahkan bagaimana teknologi AI Lenovo digunakan dalam sukan, perniagaan, kreativiti dan produktiviti harian menerusi portfolio lengkap merangkumi peranti, solusi dan servis pintar.

    Lenovo berkata Beckham dipilih kerana pengaruh globalnya yang melangkaui dunia bola sepak termasuk sebagai pemilik bersama Inter Miami CF, usahawan dan pelabur. Sebagai rakan teknologi rasmi FIFA World Cup 2026 dan FIFA Women’s World Cup 2027, Lenovo turut membangunkan teknologi AI untuk operasi kejohanan, pengalaman peminat dan analitik prestasi pasukan.

    Peminat yang menghadiri acara FIFA World Cup 2026 di Amerika Syarikat dan Mexico juga akan menikmati beberapa pengalaman interaktif berasaskan AI bersama Beckham. Kempen “Maximum David” akan dilaksanakan secara global menerusi platform digital, media sosial, retail dan aktivasi acara sepanjang tempoh kempen berlangsung.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...