More

    DBKL menawarkan diskaun runtuh saman trafik serendah RM15

    Sempena Hari Wilayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini membuka peluang untuk rakyat Malaysia melunaskan saman trafik mereka. DBKL menawarkan kadar kompaun serendah RM15 sahaja untuk motosikal, kereta dan kenderaan berat. Apa pun, perlu anda ingat bahawa diskaun runtuh ini hanya terhad pada tarikh 1 Februari hingga 3 Mac.

    Walau bagaimanapun, saman trafik yang telah sampai ke peringkat mahkamah, saman yang disenaraihitamkan dan saman dengan waran adalah terkecuali. Sepintas lalu, sumber melaporkan sebanyak 107,547 saman telah direkodkan sehingga Disember 2019 dan 4,914 kes senarai hitam telah direkodkan.

    Jangan lupa untuk semak dan melunaskan saman anda di kaunter pembayaran DBKL dan cawangan Pos Malaysia. Untuk pembayaran dalam talian, anda boleh mengunjungi aplikasi mobile integrated service (MOBIS) yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau AppStore. Anda juga boleh terus ke www.myeg.com.my.

    Sudahkah anda melunaskan saman anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

    Sumber: carsifu.my

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured