More

    DeepSeek wajibkan label jelas pada kandungan AI di China

    DeepSeek mengumumkan peraturan baharu di China yang mewajibkan semua kandungan dijana AI di platform mereka dilabel dengan jelas sebagai bukan buatan manusia. Peraturan ini diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan kandungan AI dan mengelakkan ia disalahgunakan. Setiap kandungan AI mesti disertakan tanda yang jelas selain penanda tersembunyi dalam data teknikal.

    Antara contoh penanda jelas ialah teks “AI-generated”, pengumuman audio atau grafik khas. Manakala penanda tersembunyi mengandungi maklumat seperti jenis kandungan, syarikat yang menghasilkan dan nombor ID unik. Pengguna dilarang sama sekali mengubah, memadam atau memalsukan label ini.

    Malah, sebarang penggunaan alat untuk menipu sistem label turut diharamkan. Mereka yang melanggar peraturan boleh berdepan tindakan undang-undang. Bagi menyokong langkah ini, DeepSeek turut menerbitkan panduan teknikal terperinci yang menerangkan cara model AI mereka dilatih, jenis data yang digunakan dan proses menghasilkan kandungan.

    Peraturan baharu ini selaras dengan garis panduan kerajaan China yang menetapkan semua kandungan AI mesti mempunyai label yang boleh dikesan serta tidak boleh diusik. Penyedia perkhidmatan AI juga bertanggungjawab memastikan pematuhan peraturan tersebut.

    DeepSeek turut melancarkan model V3.1 dengan keupayaan 128K token context dan 685 bilion parameter yang menggabungkan tugasan penaakulan serta umum dalam satu model. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...