More

    Dell bakal keluarkan komputer riba Concept Luna, mudah dibaiki dan dikitar semula

    Jika bercakap tentang baiki komputer riba, tidak kesemua pusat servis mampu dan mudah untuk membaikinya. Kini, Dell bekerjasama dengan Intel dengan mencipta komputer riba baharu yang dipanggil Concept Luna yang lebih mudah untuk dibaiki dan dikitar semula. 

    Dell mendakwa bahawa jika semua idea reka bentuknya boleh digabungkan, ia boleh mengurangkan pelepasan karbon untuk PC sehingga 50%. Concept Luna bergantung pada komponen yang direka bentuk semula. Ia mengurangkan saiz papan induk sebanyak 75% dan bilangan komponen untuk papan induk sebanyak 20%. 

    Pereka Dell menggunakan bahan kurang intensif tenaga seperti badan aluminium yang telah diproses menggunakan kuasa hidro dan pembinaan komponen yang lebih cekap. Dell juga mengurangkan bilangan skru sebanyak sepuluh kali ganda kepada hanya empat untuk mengakses komponen dalaman.

    Papan induknya terdedah kepada kawasan permukaan penyejukan yang lebih besar dan unit pengecasan juga diasingkan untuk penyejukan yang lebih baik. Ini bermakna komputer riba Concept Luna tidak menggunakan kipas penyejuk.

    Ciri-ciri lain yang mudah dibaiki termasuk tempat letak tangan, mekanisme papan kekunci dan papan litar bercetak (PCB). Komen Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    StepX Neo tiba sebagai telefon pintar “agentic” pertama di dunia

    Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, StepFun, melancarkan StepX Neo sebagai telefon pintar pertama dunia yang menggunakan sistem operasi berasaskan ejen dikenali sebagai...

    Waze integrasikan Gemini AI untuk laluan motosikal dan kereta

    Google mengumumkan kemas kini aplikasi Waze yang mengintegrasikan bantuan Gemini AI bagi meningkatkan pengalaman navigasi pengguna. Kemas kini terbaharu menawarkan mod khusus...

    HONOR CHOICE KUMI AI Note rasmi di Malaysia dengan sokongan 130 bahasa berharga RM699

    HONOR Malaysia melancarkan perakam suara pintar HONOR CHOICE KUMI AI Note yang menampilkan reka bentuk kad nipis dengan ukuran 2.89mm direka untuk...

    Malaysia kini hasilkan bateri EV sendiri, pertama di Asia Tenggara!

    Malaysia memulakan fasa pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) rekaan tempatan bulan ini menerusi inisiatif bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek...

    Disney+ mungkin tawarkan pelan percuma untuk saingi YouTube

    Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pelan langganan Disney+ yang percuma dengan sokongan iklan. Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Produk dan Teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured