More

    Dell Pro Plus Earbuds dilancar: Fon telinga pertama dengan pengiktirafan Microsoft Teams Open Office

    Dell baru-baru ini telah melancarkan fon telinga wayarles Dell Pro Plus Earbuds yang dikhaskan untuk kegunaan panggilan video. Ia merupakan fon telinga pertama dalam dunia yang menerima pengiktirafan Microsoft Teams Open Office bagi menawarkan kualiti audio yang jelas sewaktu membuat panggilan video.

    Ia mempunyai mikrofon dengan teknologi pembatalan bunyi berdasarkan AI bagi menawarkan kualiti suara yang jelas. Sewaktu mendengar audio pula, fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) adaptif membenarkan anda mendengarnya dengan jelas walaupun dalam situasi yang bising, manakala Enhanced Transparency Mode membenarkan anda mendengar bunyi sekeliling sewaktu ingin berbual dengan orang lain atau mendengar pengumuman awam.

    Fon telinga ini mempunyai rating kalis air IP54 dan menawarkan empat saiz putik bagi menyesuaikannya dengan saiz telinga anda. Ia boleh dihubungkan dengan mana-mana peranti melalui hubungan Bluetooth 5.3 dan kawalannya boleh dilaras menggunakan aplikasi Dell Audio Mobile App (untuk peranti mudah alih) atau Dell PC Workspace (untuk komputer).

    Ia boleh dihubungkan secara wayarles dengan peranti sejauh 30 meter dan dengan dua peranti serentak. Ia juga didatangkan dengan penerima (receiver) fizikal yang boleh dipasangkan pada port USB-C jika anda mahukan kualiti sambungan wayarles yang lebih kukuh.

    Untuk mengubah tetapan, ia mempunyai pad sentuh di bahagian sisi yang boleh disentuh untuk tugasan seperti jawab/tamat panggilan, ubah volume dan hidup/mati ANC.

    Baterinya berkapasiti 66mAh pada fon telinga sahaja dan 500mAh pada bekas pengecas. Pengecasan selama lima minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama sejam, manakala pengecasan penuh memerlukan masa sekutar dua jam.

    Buat masa ini, harga Dell Pro Plus Earbuds masih belum diketahui untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured