Berita ini pastinya sebuah berita gembira untuk peminat novel bersiri Harry Potter yang turut diadaptasikan menjadi siri filem popular. Kisah pengembaraan fantasi ini bukan sahaja digemari oleh golongan kanak-kanak, tetapi juga ibu bapa kepada kanak-kanak sendiri. Terkini, anda boleh mendengar suara pelakon watak Harry Potter, Daniel Radcliffe membacakan kisah Harry Potter secara dalam talian.
Untuk mendengarnya, anda boleh ke laman web rasmi J.K. Rowling Wizarding World. Anda tidak perlu mendaftar memandangkan ia tersedia secara percuma untuk didengari. Selain itu, anda juga boleh menghayati pengembaraan Harry Potter ini melalui Spotify.
Apa pun, sumber melaporkan bukan sahaja watak utama Harry Potter yang akan membacakan kisah ini untuk anda. Turut serta adalah suara artis lain seperti Stephen Fry, Dakota Fanning dan lain-lain. David Beckham juga turut serta untuk meminjamkan suaranya bagi memperdengarkan kisah Harry Potter kepada anda!

Adakah anda salah seorang peminat Harry Potter? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CNET







