More

    DENZA B8 rasmi di Malaysia — Model DMO Super Hybrid pertama dengan kuasa 450kW, bermula RM458,800

    DENZA B8 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia yang tiba sebagai SUV hibrid Super DMO Dual Mode Off-Road pertama untuk pasaran tempatan. SUV off-road mewah generasi baharu ini menggabungkan kuasa tinggi, teknologi elektrifikasi dan keselesaan premium dalam satu pakej. Ia juga menjadi model pertama DENZA di Malaysia yang menggunakan platform DMO Super Hybrid.

    DENZA B8 menggunakan gabungan enjin turbo 2.0 liter bersama dua motor elektrik serta bateri Blade Battery milik BYD. Hasilnya, SUV menghasilkan sehingga 450kW kuasa dan 760Nm tork menerusi sistem pacuan semua roda pintar. Apa yang lebih agresif, DENZA mendakwa B8 mampu bergerak sejauh 115km menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya manakala jarak keseluruhan mencecah sehingga 1,040km menerusi gabungan bateri dan tangki bahan api 91 liter.

    SUV ini turut menyokong beberapa mod pemanduan termasuk Pure EV, HEV Series dan Parallel yang akan menyesuaikan penghantaran kuasa mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan. Untuk pengecasan, DENZA B8 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 120kW yang membolehkan bateri dicas dari 30% ke 80% dalam hanya 16 minit. Ia juga hadir dengan pengecasan AC 11kW serta fungsi V2L 6.6kW untuk membekalkan kuasa kepada peralatan luaran.

    Salah satu tarikan terbesar pada B8 ialah sistem DiSUS-P Intelligent Hydraulic Body Control System. Sistem suspensi pintarnya membolehkan ketinggian badan dilaraskan sehingga 140mm selain membantu meningkatkan kestabilan dan keselesaan ketika dipandu di laluan mencabar. Lebih menarik, DENZA B8 mempunyai kemampuan meredah air sehingga 890mm yang menjadikannya antara SUV plug-in hybrid paling ekstrem pernah ditawarkan di Malaysia.

    DENZA B8 tampil dengan identiti “Starship Mecha” yang futuristik menerusi lampu siang LED Starship Wing dan lampu belakang Energy Thruster. Penampilannya jelas lebih garang berbanding kebanyakan SUV biasa. Masuk ke ruang kabin, DENZA memfokuskan kepada pengalaman premium menerusi penggunaan upholsteri kulit Nappa, susun atur kabin moden serta sistem audio Devialet 18 pembesar suara sebagai standard.

    DENZA B8 ditawarkan dalam dua varian iaitu DENZA B8 Premium dengan 6 tempat duduk dan kerusi kapten lengkap fungsi urutan, ventilasi dan ottoman manakala DENZA B8 Dynamic tibas dengan konfigurasi 7 tempat duduk. Kedua-dua varian turut menyokong pelarasan dan pelipatan elektrik untuk tempat duduk barisan kedua dan ketiga.

    DENZA menawarkan beberapa tawaran menarik termasuk:

    • Waranti kenderaan 6 tahun / 150,000km
    • Servis percuma 6 tahun bernilai RM10,000
    • Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun / 160,000km
    • Waranti unit pacuan 8 tahun / 160,000km
    • Adapter V2L percuma

    DENZA B8 akan dipamerkan secara terbuka dari 22 hingga 24 Mei 2026 di beberapa lokasi,  termasuk Pusat Beli-belah Bangsar, Pavilion Bukit Jalil, DENZA Balakong, DENZA Glenmarie, DENZA KLCC dan DENZA Pulau Pinang. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi DENZA Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...