More

    Diablo Immortal bakal dilancar di Malaysia pada 22 Jun 2022, kini boleh pra-muat turun versi PC terhad

    Sesetengah gamer sudah mula pra-muat turun game Diablo Immortal untuk PC sementara menunggu game tersebut dikeluarkan pada 22 Jun nanti. Game ini tersedia dalam Open Beta, Android dan iOS. Malaysia mungkin bukanlah sebahagian daripada gelombang pertama tetapi anda boleh melihat halaman game pada akaun Battle.net anda sekarang.

    Seperti kebanyakan game Blizzard Entertainment, anda memerlukan platform Battle.net dan ID. Bagi mereka yang masih belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar dan log masuk seperti biasa. Klik pada Games, cari Diablo Immortal dan muat turun. 

    Namun, Diablo Immortal masih belum muncul di Google Play Store dan Apple App Store di Malaysia sehingga penghujung Jun 2022. Walau bagaimanapun, anda boleh melawati laman web rasmi Diablo Immortal di sini (atau platform Battle.net itu sendiri) untuk membuat pra-daftar sekarang.

    Untuk diingat semula, Diablo Immortal boleh dimainkan pada kedua-dua versi mudah alih dan PC. Walaupun anda tidak bercadang untuk bermain pada PC anda, akaun Battle.net masih diperlukan untuk bermain pada versi mudah alih. Jika tidak, anda boleh memilih akaun ‘Tetamu’ (Guest) juga.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Facebook Diablo Immortal

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured