More

    DidikTV akan bersiaran di NTV7 bermula 17 Februari ini

    Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan saluran TV khas, DidikTV yang menumpukan mengenai pembelajaran dan pendidikan orang awam. Saluran TV ini akan mula beroperasi pada Rabu, 17 Februari ini.

    DidikTV ini akan menggunakan saluran NTV7 yang sedia ada dan akan bersiaran selama 17 jam setiap hari dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan DidikTV KPM ini secara rasmi pada pukul 8 pagi hari pertama ia disiarkan.

    Saluran ini boleh diakses melalui platfom yang anda gunakan untuk menonton NTV7 iaitu:

    • MYTV (TV Digital) – Saluran 107
    • Astro – Saluran 147
    • Unifi TV – Saluran NTV7

    Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan DidikTV KPM ini akan menyiarkan program khas yang tertumpu kepada kurikulum dan kokurikulum KPM. Selain itu, saluran ini turut akan menyiarkan kandungan mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid. Saluran ini juga akan menyiarkan program antarabangsa yang berkaitan.

    Tambahan dari DidikTV, Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut menyiarkan program pendidikan selama 11 jam di TV OKey RTM dan Tutor TV Astro.

    Adakah anda berpuas hati dengan tindakan dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini? Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...