More

    Digi lancar program “The Grandest Galaxy S22 Giveaway”, teka & menang Galaxy S22 sehingga 29 Mac ini

    Sempena pelancaran Samsung Galaxy S22 pada bulan lepas, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengadakan program “The Grandest Galaxy S22 Giveaway” untuk kesemua pelanggan Digi bermula pada hari ini sehingga 29 Mac 2022 tanpa langganan atau pembelian tambahan diperlukan.

    Melalui peraduan dalam talian, peserta dikehendaki meneka jumlah telefon Samsung Galaxy S22 yang diletakkan di dalam kotak kaca epik di lokasi rahsia Digi. Seramai 22 pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah unit baharu Samsung Galaxy S22 5G (256GB) setiap satu.

    Untuk menyertai peraduan teka dan menang, peserta perlu:

    • Layari laman web Digi untuk melihat video dan visual telefon pintar Samsung Galaxy S22 dalam kotak kaca epik
    • Teka jumlah bilangan telefon pintar dalam bekas dan cipta slogan kreatif tentang sebab mereka layak menjadi salah seorang pelanggan Digi yang bertuah untuk memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S22 baharu
    • Hantar jawapan melalui SMS ke 28282 sebelum 29 Mac 2022, 11.59 malam

    Senarai akhir pemenang akan diumumkan pada 5 April nanti. Anda boleh klik di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai “The Grandest Galaxy S22 Giveaway”. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...