More

    Digi lancarkan kempen JomFibre, tawarkan internet 300Mbps bermula RM100 sebulan

    Pada hari ini, Digi telah melancarkan kempen JomFibre yang menawarkan internet gentian optik tanpa had dengan penjimatan sehingga RM1,200. Selain itu, dua ribu pelanggan pertama yang membeli mana-mana pelan di bawah kempen ini akan menerima baucar Samsung Smart Monitor bernilai RM150.

    Kempen ini menawarkan tiga pelan iaitu Digi Fibre 150 (DF150), Digi Fibre 190 (DF190) dan Digi Fibre 270 (DF270). DF150 menawarkan internet berkelajuan tinggi sehingga 300Mbps pada harga RM100 sebulan apabila digunakan bersama pelan pascabayar Digi yang layak. Tawaran ini akan berlangsung sehingga 30 November 2021.

    Sementara itu, pelan DF190 akan ditawarkan pada harga RM140 sebulan dan DF270 pula bermula RM220 sebulan. Untuk para pelanggan Digi Postpaid 60 dan ke atas pula, mereka akan menerima rebat RM20 seumur hidup apabila mereka melanggan kepada DF190 untuk 500Mbps atau DF270 untuk 800Mbps.

    Layari laman web Digi atau lawat Digi Store terdekat untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured