More

    Digi lancarkan kempen Juara Internet 2023, kini dengan 5G

    Berita baik untuk pengguna Digi kerana syarikat telekomunikasi itu mengadakan kempen tahun baharu dengan Juara Internet 2023. Kempen Juara Internet 2023 menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti iPad percuma, telefon pintar 5G, tambahan internet berkelajuan tinggi.

    Lebih banyak penjimatan merangkumi rangkaian produk prabayar, pascabayar dan optik termasuklah peranti. Mulai sekarang hingga 14 Februari 2023, pengguna Digi baharu dan sedia ada akan menikmati faedah berikut:

    Digi Postpaid Family Unlimited dan Pakej PowerJimat

    • Percuma iPad Generasi ke-9 (WiFi, 64GB) (RRP: RM1499) apabila pelanggan mendaftar pelan Digi Postpaid Family Unlimited dengan kontrak 24 bulan. Ia kini hadir dengan pilihan untuk naik taraf percuma ke akses 5G. Tawaran iPad percuma sah untuk pembelian di kedai sahaja.
    • Percuma Samsung Galaxy A04 (RRP: RM559), Redmi 10A (RRP: RM569), vivo Y16 (RRP: RM599), vivo Y02s (RRP: RM499), Honor X6 (RRP:RM599), OPPO A17 (RRP:RM599) dan OPPO A17k (RRP:RM499) dengan Digi Postpaid 60 dibawah Pakej PowerJimat.
    • Percuma Samsung Galaxy A13 (RRP: RM799) atau bertukar ke 5G dengan HONOR X8 5G (RRP:RM999) apabila pelanggan mendaftar untuk Digi Postpaid 90 dibawah Pakej Power Jimat.
    • Pelanggan Digi Postpaid boleh mendapatkan baucar GadgetFreedom Plus RM200 di aplikasi MyDigi untuk membeli telefon pintar dan aksesori terkini.

    Diskaun internet tanpa had

    • Digi Postpaid Infinite dengan internet dan panggilan tanpa had kini boleh dinikmati bermula RM55/bulan. Tawaran ini terpakai untuk pendaftaran di kedai dan terhad kepada 5,000 pelanggan pertama sahaja.
    • Unlimited Gaming melalui Freedom Add-Ons buat pelanggan Digi Postpaid 60 dan ke atas untuk pengalaman bermain game popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk memilih Sosial Tanpa Had, Penstriman Tanpa Had atau Perayauan Bulanan percuma dengan Freedom Add-Ons.
    • NEXT Unlimited 40 membawakan lebih nilai untuk pelanggan prabayar dengan internet dan panggilan tanpa had pada hanya RM40/bulan. Dapatkan 10GB hotspot tambahan setiap bulan apabila mendaftar untuk pelan pembaharuan automatik. Boleh didapati di Digi Store, Digi Store Online, MyDigi dan kiosk layan diri Digi.
    • Pas World Roaming adalah pas perayauan pelbagai negara selama 30 hari yang menyediakan 30GB internet berkelajuan tinggi dan panggilan suara selama 30 minit meliputi 69 negara termasuk Australia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Turki dan Arab Saudi. Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar dengan hanya RM95.

    Digi Unlimited Video Pass

    • Tawaran pas Unlimited Video kini dilanjutkan serta tersedia untuk pelanggan Prepaid dan Postpaid pada hanya RM5 untuk tempoh sah 3 hari. Pelanggan boleh menikmati penstriman tanpa gangguan perlawanan bola sepak atau siri K-drama di Netflix, YouTube, YouTube Kids, YouTube Gaming, Astro GO, DailyMotion dan Viu.
    • Pelanggan juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga 50 peratus untuk maksimum tiga pembelian pas video.

    Digi Postpaid dengan tambahan internet berkelajuan tinggi, tersedia dalam 5G

    • Pelanggan yang mendaftar untuk Digi Postpaid 40, 60 dan 90 kini boleh menikmati tambahan 10GB Internet selama 12 bulan.
    • Pelanggan yang menggunakan Digi Postpaid 120, 150 dan PhoneFreedom 365 boleh mendapat 50 peratus tambahan kuota Internet.
    • Pelanggan yang mendaftar untuk Digi Postpaid 90, 120 dan 150 juga boleh mendapat tambahan rebat bulanan RM15 selama 12 bulan

    Home Fibre

    • Pelanggan boleh menikmati rebat bulanan hingga RM60 selama 24 bulan dengan mendaftar pelan Digi Fiber 500Mbps dan ke atas apabila digandingkan bersama pelan Digi Postpaid 90 yang baharu atau sedia ada dan ke atas.
    • Pelanggan Digi Postpaid 60 sedia ada dan baharu boleh menikmati 100Mbps Digi Fiber dengan hanya RM100 sebulan (Harga asal: RM130) dengan penjimatan hingga RM30 sebulan.

    Pelanggan boleh mendaftar untuk tawaran Juara Internet 2023 dengan melayari Digi Store Online atau berkunjung ke Digi Store, Digi Store Express atau penjual Digi yang sah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Digi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured