More

    Digi lancarkan promosi Istimewa Hari Gaji, percuma internet 5GB dan 15GB untuk RM15

    Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan tawaran Istimewa Hari Gaji iaitu promosi bulanan yang menawarkan data untuk pelanggan Prabayar dan Pascabayar yang mungkin memerlukan internet tambahan sebelum bulan ini berakhir.

    Bermula dari hari ini hingga 27 Februari 2022, pelanggan boleh menebus tawaran ini di aplikasi MyDigi dan Digi Store dalam talian:

    • Digi Prepaid: Dapatkan 5GB PERCUMA apabila anda menambah nilai RM30 & ke atas
    Pelanggan Prabayar Digi kini boleh mendapatkan data internet berkelajuan tinggi 5GB percuma apabila mereka membuat tambah nilai digital RM30 dalam aplikasi MyDigi, Touch n Go, Boost, Shopee atau Lazada.

    Tambah nilai melalui aplikasi/web MyDigi dengan langkah berikut:
    Langkah 1: Log masuk ke aplikasi/Web MyDigi dan pilih “Tambah nilai”
    Langkah 2: Pilih jumlah RM30 & ke atas
    Langkah 3: Buat pembayaran dan nikmati kredit internet 5GB percuma

    • Pascabayar Digi: Nikmati Internet 15GB pada hanya RM15
    Pelanggan pascabayar kini boleh membeli pas Internet 15GB (7 hari) dengan hanya RM15 melalui Digi Store Online dan aplikasi MyDigi.

    Beli melalui aplikasi/web MyDigi dengan langkah berikut:
    Langkah 1: Log masuk ke aplikasi/Web MyDigi dan pilih “Tambah”
    Langkah 2: Pilih “Internet 15GB untuk RM15”
    Langkah 3: Buat pembayaran dan nikmati Internet berkelajuan tinggi

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri HONOR Pad 20 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR bakal melancarkan siri Pad 20 di pasaran Malaysia berikutan kejayaan mereka mengekalkan kedudukan sebagai jenama tablet Android nombor satu di Malaysia...

    MPOB perkenal Sawit EcoTherm, teknologi penyejuk cecair untuk pusat data AI

    Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara rasminya telah membangunkan Sawit EcoTherm iaitu cecair penyejuk rendaman yang dihasilkan daripada minyak sawit. Teknologi ini...

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...