More

    Digi tawarkan 5G percuma kepada pelanggan prabayar dan pascabayar

    CelcomDigi Berhad mengumumkan bahawa syarikat itu akan menawarkan percubaan akses kepada rangkaian 5G untuk lebih ramai pelanggan Digi secara percuma, dengan pengenalan pelan mampu milik 5G Booster untuk pelan pascabayar dan prabayar.

    Pelanggan pascabayar dan prabayar Digi akan menikmati rangkaian 5G dengan mengaktifkan 5G Booster pada harga RM10 sebulan. Sungguh pun begitu, pelanggan prabayar hanya boleh mendapatkan akses 5G bermula 16 Mac 2023 manakala pelanggan pascabayar boleh menikmatinya bermula hari ini.

    Sebagai pengenalan, yuran bulanan untuk 5G Booster akan diketepikan sepanjang tempoh penggunaan percuma yang akan berlangsung sehingga 30 April 2023. Yuran bulanan RM10 itu akan berkuat kuasa bermula 1 Mei, manakala pelanggan pascabayar Digi yang melanggan kepada pelan bernilai RM90 dan ke atas boleh menikmati 5G Booster secara percuma.

    Akses percuma 5G Booster ini juga akan ditawarkan kepada para pelanggan Digi Business berdasarkan kelayakan dalam kadar pelan mereka. Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut mengenai 5G Booster ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured