More

    Digi umum pelan Digi Prepaid NEXT, prayabayar yang dipertingkatkan dengan lebih nilai dan fleksibiliti

    Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan penambahbaikan terhadap prabayar Digi Prepaid NEXT untuk pelanggan baharu dan sedia ada. Digi Prepaid NEXT boleh dinikmati mulai hari ini dengan ciri baharu yang diperkenalkan iaitu tawaran lebih nilai dan fleksibiliti tanpa kos tambahan.

    Tawaran Prepaid NEXT yang ditambah baik termasuk:

    • Peningkatan kuota Internet untuk Digi Prepaid NEXT 15 ke 6GB dan Prepaid NEXT 30 ke 20GB.
    • Internet tanpa had percuma untuk aplikasi sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter serta kuota Hotspot PERCUMA sehingga 6GB. Tawaran ini eksklusif untuk pelanggan yang memilih ciri pembaharuan automatik yang baharu.
    • Pelanggan kini boleh menikmati penggunaan Internet tanpa sebarang gangguan dengan ciri Pembaharuan-Automatik yang akan memperbaharui langganan bulanan mereka secara automatik apabila pelan yang dipilih tamat tempoh.
    • Pelan Booster Bulanan serendah RM3 sebulan yang mana pelanggan boleh memilih untuk menikmati Internet berkelajuan tinggi, Panggilan Tanpa Had, Penstriman Video Tanpa Had, Penstriman Muzik Tanpa Had dan Hotspot Tanpa Had.

    Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran bagi pelan Digi Prepaid NEXT, sila layari laman rasmi Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 


     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured