More

    Dimensity 2000 dan Snapdragon 898 bakal menggunakan seni bina V9 ARM

    MediaTek dan Qualcomm bekerja keras dalam membangunkan cipset telefon pintar andalan generasi seterusnya. Terdapat beberapa pendedahan mengenai pemproses  Dimensity 2000 dan Snapdragon 898 yang akan datang. Pada minggu lepas, Digital Chat Station berkongsi spesifikasi utama mereka dan terdapat banyak persamaan. Sumber turut mendedahkan bahawa kedua-dua cipset akan menggunakan seni bina ARM yang sama iaitu CPU Cortex A510 terbaru yang dilancarkan ARM pada awal tahun ini.

    Dimensity 2000 dan Snapdragon 898 dikatakan bakal menggunakan CPU Cortex berasaskan V9 baharu yang merupakan teras super berprestasi tinggi Cortex X2, teras pertengahan Cortex A710 dan teras CPU berprestasi rendah yang cekap kuasa Cortex A510. 

    Sebelum ini, Dimensity 2000 bakal mempunyai satu teras super Cortex X2 3.0GHz, tiga teras pertengahan Cortex A710 2.85GHz dan empat teras CPU cekap kuasa Cortex A510 pada 1.8GHz. Snapdragon 898 pula menawarkan kadar jam yang sama untuk teras super Cortex X2 dan teras berprestasi rendah Cortex A510. Namun ia agak ketinggalan dalam teras tengah dengan frekuensi maksimum 2.5GHz.

    Perbezaan antara kedua-dua cipset akan datang mungkin hanya prestasi GPU di mana Snapdragon 898 akan menggunakan GPU Adreno 730 manakala Dimensity 2000 akan menampilkan GPU Mali-G710 MC10 ARM. Ia akan dikeluarkan oleh dua syarikat berbeza walaupun cipset tersebut adalah 4nm. Qualcomm ingin bekerjasama dengan Samsung untuk pengeluaran Snapdragon 898 kerana isu berkenan kepanasan dan penggunaan tenaga yang kurang cekap dari syarikat Samung. Mungkin juga ini adalah sebabnya mengapa Dimensity 2000 buatan TSMC akan menjadi 20 peratus lebih cekap kuasa daripada Qualcomm.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...