fbpx
More

    Disney+ Hotstar, Netflix, iflix & banyak lagi; mana satu perkhidmatan “streaming” yang anda patut langgan?

    Perkhidmatan pelayaran filem internet (movie streaming) yang amat dinanti oleh rakyat Malaysia, Disney+ Hotstar, bakal menemui para penonton pada hari esok (1 Jun). Disney+ Hotstar merupakan perkhidmatan pelayaran terbaru di dalam pasaran Malaysia, meningkatkan lagi pilihan yang telah pun terdiri daripada Netflix, HBO GO, iflix dan lain-lain.

    Lebih-lebih lagi dengan penutupan panggung wayang pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, membuatkan perkhidmatan pelayaran filem sesuatu yang amat bernilai buat para penggemar filem di rumah. Oleh itu, penting untuk anda memilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan genre kegemaran anda.

    Dalam senarai di bawah, kami akan bandingkan jenama-jenama pelayaran yang boleh dilanggan oleh rakyat Malaysia dan keunikan masing-masing. Ayuh, tanpa buang masa, mari kita lihat perbandingannya:

    Disney+ Hotstar – Pilihan terbaru yang sangat menarik

    Seperti yang tertera pada namanya, Disney+ Hotstar merupakan satu-satunya pilihan jika anda ingin menonton filem dan siri televisyen yang diterbitkan di bawah naungan Disney termasuklah siri animasi Disney, Star Wars, Marvel Cinematic Universe dan banyak lagi. Antara tajuk baru yang paling mendapat sambutan di luar negara adalah WandaVision, The Falcon and The Winter Soldier, The Clone Wars dan The Mandalorian.

    Disney+ Hotstar juga bakal menawarkan tayangan perdana untuk pelbagai filem tempatan termasuk lah J2 Retribusi, Zombitopia, Ejen Ali The Movie 2 dan banyak lagi. Ia turut menawarkan siri televisyen antarabangsa yang tidak diterbitkan oleh Disney seperti The Walking Dead, The Simpsons dan Grey’s Anatomy.

    Disney+ Hotstar boleh dilanggan melalui platform Android atau iOS dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan, atau pun anda juga boleh menambah nilai pada pakej Astro Movie Pack anda dengan tambahan RM5 sahaja. Layari laman web Disney+ Hotstar untuk maklumat lanjut.

    Netflix – Perkhidmatan yang paling “otai”

    Siapa yang tidak pernah dengar tentang Netlfix? Jika anda penggemar filem, anda pasti sudah pun mempunyai langganan dengan mereka namun jika anda masih tidak kenal dengan perkhidmatan pelayaran ini, ia merupakan satu-satunya perkhidmatan yang menawarkan pakej langganan dalam pelbagai tahap harga iaitu Mobile (RM17 sebulan), Basic (RM35 sebulan), Standard (RM45 sebulan) dan Premium (RM55 sebulan). Perbezaan dalam setiap tahap harga ini adalah pada kualiti video yang anda boleh tonton, daripada 480p hinggalah 4K.

    Daripada segi kandungan, ia mempunyai pelbagai siri televisyen dan filem yang diterbitkan oleh Netflix sendiri termasuk Stranger Things, The Witcher, The Umbrella Academy, Narcos, The Peaky Blinders dan banyak lagi. Selain itu, Netflix juga menawarkan jumlah filem dan siri televisyen yang amat banyak daripada pelbagai genre, termasuklah anime, dokumentari, K-drama dan banyak lagi.

    HBO Go – Tidak sepopular Netflix

    HBO Go (atau HBO Max dalam sesetengah negara) merupakan perkhidmatan yang masih belum mencapai tahap populariti seperti Netflix. Pada mulanya, ia dilancarkan untuk pelanggan Astro Movie Pack pada harga RM25 sebulan namun kini anda boleh membelinya secara berasingan melalui iOS atau Android pada harga RM34.90 sebulan.

    Kandungan yang ditawarkan dalam HBO Go adalah filem yang diterbitkan bawah lesen HBO termasuklah Game of Thrones, Westworld, Lovecraft Country, His Dark Materials dan lain-lain. Jika anda penggemar siri adiwira DC pula, anda boleh tonton Zack Snyder’s Justice League dan siri televisyen DC Universe seperti DC’s Legends of Tomorrow, Arrow and Swamp Thing, DC Animated Movies dan banyak lagi.

    Amazon Prime Video – Murah tetapi tidak banyak kandungan

    Amazon Prime Video menawarkan siri televisyen original seperti The Boys yang sudah pun menayangkan musim ketiga, Fear The Walking Dead, Star Trek: Picard dan Shrek. Selain itu, ia turut menayangkan filem dan siri televisyen India.

    Perkhidmatan ini boleh dilanggan pada harga RM14 untuk enam bulan pertama, kemudian RM27 sebulan. Ia juga hanya boleh dilanggan di Malaysia oleh para pelanggan telko Digi.

    Apple TV+ – Khas buat pengguna Apple

    Anda boleh agak bahawa perkhidmatan ini hanya akan ditawarkan kepada mereka yang menggunakan produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod Touch, MacBook dan Apple TV. Ia akan ditawarkan pada harga langganan RM19.90 sebulan manakala setiap pelanggan yang membeli produk Apple baru akan menerima langganan percuma selama setahun.

    Walaupun produk Apple digunakan oleh ramai rakyat Malaysia, Apple TV+ bukanlah perkhidmatan yang hangat diperkatakan. Ia menawarkan pelbagai filem terbitan sendiri seperti The Morning Show, See dan Ted Lasso. Kandungan yang ditawarkan merupakan penerbitan dari Amerika Syarikat dan ia tidak menawarkan kandungan dari negara lain.

    iflix – Tak perlu bayar!

    Ramai rakyat Malaysia masih menggunakan iflix iaitu perkhidmatan pelayaran pertama yang dibina oleh orang tempatan. Anda boleh menonton filem dalam iflix dalam dua cara: iaitu langganan RM10 sebulan atau menontonnya secara percuma, namun dengan selitan iklan dalam setiap filem yang anda tonton.

    iflix menawarkan pelbagai kandungan dari negara-negara Asia seperti Korea Selatan, Jepun, Indonesia, India, Thailand dan banyak lagi. Sejak pemerolehannya oleh Tencent pada tahun lepas, mereka menawarkan lebih banyak siri televisyen China yang pastinya akan menggembirakan peminat drama dari negara tersebut.

    Viu – Untuk peminat K-drama tegar

    Perkhidmatan ini sudah pun menempa namanya di kalangan rakyat Malaysia yang amat menggemari siri drama televisyen Korea. Viu menawarkan pelbagai K-drama dan hiburan Korea Selatan terkini, di samping drama dari Jepun, China dan Taiwan.

    Seperti iflix, penonton boleh melanggannya pada harga RM10 sebulan atau tonton secara percuma dengan selitan iklan.

    Inilah dia pilihan anda untuk menonton filem serta siri televisyen kegemaran di rumah pada waktu PKP ini. Jika anda mahukan pilihan filem sebanyak mungkin, anda boleh melanggan lebih daripada satu perkhidmatan pelayaran namun ia akan mempunyai kos yang sangat mahal. Mungkin anda boleh berkongsi bil dengan beberapa orang yang mempunyai minat mendalam terhadap filem seperti anda.

    Perkhidmatan pelayaran manakah yang menjadi pilihan anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Pesaing Tesla, Polestar hasilkan telefon pintar pertama dengan ciri AI khas

    Salah satu pesaing Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik, Polestar, baru sahaja melancarkan telefon pertama mereka. Untuk pengetahuan, Polestar Phone dan Meizu 21...

    Elon Musk: Tesla adalah kenderaan EV dengan kos penyelenggaraan paling murah

    Sebuah analisis data yang diterbitkan oleh Consumer Reports pada Jumaat lalu menyatakan Tesla adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kos penyelenggaraan...

    GXBank: Faedah deposit 5% Savings Pockets setahun akan berakhir lebih awal

    Kepada pengguna GXBank yang ingin menikmati diskaun faedah deposit 5% Savings Pockets setahun, ketahuilah bahawa ia akan berakhir walaupun belum sampai 9...

    BYD Hiace 07 EV diperkenal, dilengkapi “God’s Eye” dan jarak pemanduan sehingga 610 km

    Semasa Pameran Auto Beijing, BYD telah memperkenalkan kereta terbaharunya iaitu BYD Hiace 07 EV. Salah satu ciri menonjol Hiace 07 EV ialah...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X