More

    Disney+ mungkin tawarkan pelan percuma untuk saingi YouTube

    Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pelan langganan Disney+ yang percuma dengan sokongan iklan. Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Produk dan Teknologi Disney, Adam Smith, dalam satu sesi perjumpaan dalaman syarikat. Perbincangan tersebut masih di peringkat awal dan tiada pengumuman rasmi atau garis masa pelaksanaan yang ditetapkan.

    Langkah ini dilihat sebagai tindak balas terhadap peningkatan masa tontonan bagi perkhidmatan penstriman percuma di Amerika Syarikat. Data menunjukkan platform penstriman percuma kini merangkumi 18.7 peratus daripada jumlah masa tontonan televisyen di Amerika Syarikat setakat April 2026 berbanding 12.7 peratus dua tahun lalu.

    Model yang dipertimbangkan dijangka melibatkan kandungan terpilih seperti filem klasik atau siri televisyen lama dan bukannya kandungan asal terbaharu atau tayangan perdana. Strategi ini berkemungkinan menggunakan konsep saluran televisyen penstriman percuma disokong iklan (FAST) yang serupa dengan penawaran Disney di platform pihak ketiga seperti Tubi dan ITVX.

    Idea ini dicetuskan oleh Adam Smith yang mempunyai pengalaman selama dua dekad di Google dan YouTube. Sekiranya dilaksanakan, ia akan menjadi lapisan akses tambahan di bawah pakej langganan sedia ada dan bukan bertujuan untuk menggantikan pelan berbayar semasa.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Business Insider

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured