More

    Disney+ naikkan harga langganan di Malaysia bermula 18 Disember ini

    Disney+ mengesahkan bahawa harga langganan di Malaysia akan disemak semula mulai 18 Disember 2025 yang melibatkan kenaikan untuk beberapa pelan bulanan dan suku tahunan. Perubahan ini dijangka memberi kesan besar kepada pengguna terutama ketika pasaran penstriman di Malaysia semakin padat dengan pilihan.

    Bawah struktur baharu, Basic Monthly Plan akan dinaikkan kepada RM29.90 manakala Premium Monthly Plan kini RM49.90 sebulan. Untuk pengguna yang memilih bayaran tiga bulan sekali, Premium Quarterly Plan turut meningkat kepada RM99.90 setiap suku tahun. Ini merupakan antara pelarasan harga paling ketara sejak Disney+ mula memasuki pasaran tempatan.

    Namun, ada pelan tahunan iaitu Basic Annual dan Premium Annual kekal pada harga asal dengan masing-masing RM214.90 setahun dan RM289.90 setahun. Pelan tahunan kini secara jelas menjadi pilihan yang lebih bernilai berbanding langganan bulanan terutama bagi pengguna tegar.

    Disney+ kali terakhir menstruktur semula harga pada April 2024 ketika pelan Basic Monthly ditawarkan pada RM24.90 sementara Premium Monthly berharga RM39.90 dan Premium Quarterly pada RM79.90. Setiap pelan bulanan dan suku tahunan kini menunjukkan peningkatan sekitar RM10 hingga RM20.

    Bagi pelanggan sedia ada, perubahan harga ini akan mula terpapar dalam kitaran bil seterusnya pada atau selepas 18 Disember 2025. Malah, jika bil tamat sebelum tarikh tersebut tetapi pembayaran hanya berjaya diproses selepasnya, caj baharu tetap akan dikenakan. Disney+ tidak menyediakan bayaran balik atau kredit untuk pembatalan di pertengahan kitaran.

    Pengguna masih boleh membatalkan langganan bila-bila masa, namun akan terus menikmati akses sehingga tempoh bil semasa tamat. Pelanggan yang melanggan melalui pihak ketiga seperti App Store, Google Play atau penyedia lain perlu menguruskan pembatalan serta pengebilan terus melalui platform masing-masing kerana dasar mungkin berbeza.

    Anda disarakankan untuk menilai semula pelan mana yang paling berbaloi dan yang lebih menjimatkan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Disney+

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured