More

    DJI Air 3S dilancar di Malaysia: Dron dengan sensor kamera 1 inci, dwi-kamera 50MP+48MP bermula RM4,599

    DJI Malaysia hari ini melancarkan dron DJI Air 3S yang merupakan versi baharu daripada DJI Air 3. Antara ciri menarik pada dron ini adalah ia mempunyai dua kamera, prestasi malap (low-light) yang dipertingkat dan sensor halangan yang lebih peka walaupun pada waktu malam.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama dengan sensor CMOS 1 inci 50MP dan lensa 24mm, serta kamera telefoto dengan sensor 1/1.3 inci 48MP dan lensa yang boleh zum sejauh 70mm (3x). Kedua-dua kamera menyokong dynamic range sebanyak 14 stops dan boleh merakam video dalam format H.265 10-bit, manakala kamera utama boleh merakam video 4K HDR 60fps atau 4K 120fps.

    Mod yang ditawarkan dalam dron ini termasuklah ActiveTrack 360 yang boleh menjejak subjek dengan lebih tepat sewaktu dron terbang dan Free Panorama untuk menghasilkan imej panorama secara mudah.

    Sewaktu terbang, baterinya boleh tahan sehingga 45 minit dan signal penghantaran video boleh dilakukan sejauh 20km.

    Storan dalamannya mempunyai kapasiti 42GB dan ia boleh ditambah lagi dengan kad memori microSD. DJI mengatakan saiz fail yang dirakam adalah 30% lebih kecil berbanding generasi sebelumnya.

    Untuk mengelakkanya daripada terlanggar sesuatu objek sewaktu terbang, ia mempunyai beberapa sensor untuk mengesan halangan seperti sensor LiDAR, sensor infra-merah time-of-flight dan enam sensor visual yang terletak di bahagian depan, belakang dan bawah.

    DJI Air 3S akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM4,599 untuk pakej asas. Anda boleh dapatkan pakej Fly More Combo (RC-N3) pada harga RM5,789 atau Fly More Combo (RC2) pada harga RM6,579. Layari laman web DJI untuk maklumat lanjut mengenai dron ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured