More

    DJI lancarkan dron FPV pertama: Kelajuan 140 km/j, 4K, 60fps berharga RM5,299

    DJI kini telah menembusi pasaran FPV (First Person View) dengan melancarkan dron FPV pertama secara rasmi. DJI FPV sebagai dron dengan motor berprestasi tinggi ditawarkan dengan beberapa spesifikasi baik seperti resolusi 4K dan kelajuan sehingga 140 kilometer sejam (km/j).

    DJI FPV memiliki tiga mod penerbangan iaitu mod Normal yang mempunyai pengesanan halangan untuk juruterbang permulaan, disusuli dengan mod Manual yang membenarkan anda mengawal dron sepenuhnya (sensor halangan dimatikan) dan mod Sports yang mengekalkan beberapa ciri keselamatan, dalam masa yang sama memberi kawalan manual seperti mod Manual.

    Ia juga mempunyai tiga pilihan pemandangan iaitu mod Standard Low-latency, mod Smooth dan mod Audience. Anda boleh menyemak spesifikasi pentingnya yang lain seperti di bawah.

    • Kelajuan maksimum 140 km/j
    • Kamera 4K 60fps/120fps (sokongan penstabilan gimbal dan RockSteady)
    • Sokongan Slow-mo 1080p/120fps
    • Memiliki brek kecemasan (Emergency Brake) dan ciri Hover
    • Sistem AirSense ADS-B
    • Mod Standard Low-latency HD: Rakaman 1440x810p dalam 60fps dengan medan penglihatan (FOV) 142° atau 50fps dengan FOV 150°
    • Mod Smooth: Resolusi 1440×810p 120fps dengan FOV 142° atau 100fps dengan FOV 150°.
    • Mod Audience: Kongsi pemandangan juruterbang, boleh disambung dengan sehingga lapan set Goggle tambahan

    Untuk pengetahuan anda, motor dron ini mengambil masa 2 saat sahaja untuk kelajuan dari 0-100 km/j. Untuk pasaran Malaysia, DJI FPV boleh mula dibeli di DJI Malaysia Flagship Store, pengedar sah dan kedai rasmi DJI Malaysia di platform Shopee atau Lazada.

    • DJI FPV Combo (dron FPV, alat kawalan 2, FPV Goggle V2, kabel yang diperlukan dan satu bateri) = RM5,299
    • DJI FPV Fly More Kit (2 Intelligent Flight Batteries, hub pengecasan) = RM1,299
    • Motion Controller (dijual berasingan) = RM799

    Adakah anda berminat dengan dron FPV ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...