More

    DJI Malaysia merasmikan pembukaan kedai dua tingkat pertama di Low Yat Park

    DJI Malaysia hari ini telah mengadakan acara pembukaan rasmi DJI Experience Store dua tingkat pertama di Low Yat Park. Kedai berkonsep interaktif ini mempamerkan keseluruhan ekosistem DJI daripada dron pengguna seperti DJI Avata 2 dan DJI Mini 4 Pro di tingkat bawah, hinggalah ke peralatan profesional termasuk Inspire 3 dan penstabil Ronin di tingkat atas.

    Semua dilengkapi dengan zon demo khas untuk sesi uji cuba secara langsung. Lebih daripada sekadar ruang jualan, stor ini juga bakal berfungsi sebagai pusat pembelajaran dengan siri bengkel bermula September 2025. Antara yang ditawarkan termasuk kelas asas kawalan dron dan bengkel sinematografi lanjutan oleh jurulatih bertauliah.

    Objektif utama kedai ini ialah untuk membina komuniti pengguna yang mahir melalui pengalaman secara langsung dan bimbingan pakar yang mana ia tidak boleh diperoleh dalam pembelian atas talian. Pelanggan kini boleh menikmati tawaran eksklusif termasuk set bundle khas selain akses kepada khidmat sokongan teknikal dan penyelenggaraan peralatan yang pertama bagi operasi runcit DJI di Malaysia.

    DJI Experience Store di Low Yat Park kini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Maklumat lanjut berkaitan bengkel dan acara akan dikongsi di laman rasmi serta saluran media sosial DJI Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda akan hadir ke kedai baharu DJI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...