More

    DJI Mavic 3 bakal dilancarkan di Malaysia: Miliki dwi-kamera dan video resolusi 5.1K bermula RM9,799

    Pada bulan September lepas, beberapa maklumat mengenai DJI Mavic 3 telah tersebar dalam talian mungkin menyatakan pengeluarannya pada masa akan datang. DJI telah mendedahkan model DJI Mavic 3 mengenai keberadaannya di pasaran global. Ini bermaksud ia juga bakal tiba ke Malaysia.

    DJI Mavic 3 hadir dengan kamera Hasselblad 20MP 4/3 CMOS dengan jarak fokus 24mm. Kamera ini boleh mengeluarkan video resolusi 5.1K sambil menghantar foto dengan julat dinamik yang sangat baik (12.8 hentian) dan prestasi cahaya malap. Terdapat juga kamera telefoto dengan zum hibrid (digital+optik) 28x dan mampu menghasilkan imej 12MP dan video 4K/30FPS.

    Mavic 3 membolehkan anda menangkap video gerak perlahan (slow-motion) pada 4K/120FPS. Ia juga mempunyai ciri Hasselblad Natural Color Saturation (HNCS) yang mengeluarkan warna jelas dan terang pada video tanpa pasca pemprosesan. Selain itu, ia hadir dengan pengawal DJI RC Pro yang stabil dan paparan yang besar.

    DJI Mavic 3 boleh didapati dalam dua versi iaitu versi standard dan versi Cine. Anda boleh dapatkan versi standard pada harga RM9,799 atau sebagai sebahagian daripada Fly More Combo pada harga RM12,399 manakal versi Cine pula boleh didapati melalui Kombo Premium Cine pada harga RM22,899. Anda boleh dapatkan produk ini di Lazada dan Shopee.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured