More

    DJI Mic Mini tersedia di Malaysia dengan mikrofon ANC dan bateri 48 jam, bermula RM339

    DJI, jenama yang terkenal dengan produk drone dan kamera aksi, kini menawarkan mikrofon tanpa wayar melalui produk terbaru mereka, DJI Mic Mini yang telah tersedia dalam pasaran tempatan. DJI Mic Mini adalah sistem mikrofon yang terdiri daripada satu penerima (receiver) dan dua pemancar (transmitter).

    Produk ini berfungsi dengan cara yang sama seperti mikrofon tanpa wayar lain tetapi ia dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan yang menarik. Salah satu ciri utama adalah pencegahan kliping automatik yang secara automatik menurunkan volume apabila audio yang diterima terlalu kuat sebanyak 6 dB bagi memastikan kualiti rakaman tetap jelas tanpa gangguan.

    Selain itu, DJI Mic Mini mempunyai teknologi anti-gangguan yang memastikan penghantaran audio stabil walaupun dalam persekitaran yang penuh dengan peralatan elektronik. Sistem ini boleh berfungsi sehingga jarak 400 meter. Peranti penerima pula mempunyai kawalan untuk menyesuaikan audio diterima dalam lima tahap.

    Bateri pemancar boleh bertahan selama 11.5 jam atau 10.5 jam jika fungsi pembatalan hingar diaktifkan. Lebih menarik, bekas pengecas menyediakan 48 jam penggunaan tambahan. DJI Mic Mini tersedia dengan harga RM339 untuk pakej satu penerima dan satu pemancar.

    Pakej standard DJI Mic Mini berharga RM699 tetapi anda juga boleh mendapatkan kit asas/barebones pada harga RM339. Untuk butiran lanjut, anda juga boleh menyemak laman rasmi DJI Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan DJI Mic Mini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured