More

    DJI Mini 2 diumum di Malaysia: Mudah untuk guna, 4K/30fps, gimbal 3-paksi bermula RM1,899

    Untuk peminat yang sedang mencari dron baharu, ini adalah berita baik untuk anda. DJI kini melancarkan DJI Mini 2 di pasaran Malaysia, sebuah dron untuk golongan peminat dan profesional. Dron baharu ini berupaya memberi prestasi tinggi di samping pengoperasiannya yang mudah.

    DJI Mini 2 ialah dron terkini yang menampilkan reka bentuk lipatan, membuatkannya menjadi lebih mudah untuk disimpan. Ia juga sangat ringan dengan berat 249g dan disertakan dengan kamera untuk anda mengambil gambar dan video dengan mudah. Resolusi kamera menyokong sehingga 4K/30fps dan anda boleh menangkap gambar sama ada dalam JPEG atau RAW. Gimbal 3-paksi turut hadir bersama untuk membantu menstabilkan imej.

    Mengenai cirinya yang lain, Mini 2 mempunyai teknologi penyaluran OcuSync 2.0 yang memastikan isyarat hubungan stabil kepada alat kawalan jauh walaupun pada jarak yang jauh. Terdapat juga teknologi dwi-frekuensi yang boleh menukarkan saluran untuk aliran hubungan bagi mengelakkan sebarang gangguan. Mengenai penyalurannya, julat maksimum adalah 10km dan ia boleh terbang sehingga 31 minit sehingga bateri tinggal sedikit.

    Jika anda berminat dengan DJI Mini 2, anda boleh mendapatkan pakej standard berharga RM1,899 atau Fly More Combo (2 bateri tambahan + hub pengecasan + pembawa) berharga RM2,499. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured