More

    DJI Osmo Action 6 dijangka tiba dengan integrasi jam pintar, sensor 1″ dan rakaman 8K

    DJI dilapor bakal memperkenalkan generasi baharu kamera aksi Osmo Action 6 sekitar pertengahan Oktober ini dengan beberapa penambahbaikan besar berbanding model terdahulu. Antara peningkatan utama ialah penggunaan sensor CMOS 1 inci, naik taraf daripada sensor 1/1.3 inci yang digunakan pada Osmo Action 5 Pro.

    Sensor lebih besar ini dijangka meningkatkan prestasi dalam keadaan cahaya malap dan menghasilkan butiran gambar lebih tajam. Dalam aspek rakaman, Action 6 dikatakan menyokong video sehingga 8K pada 30fps selain 5.3K pada 60fps, 4K pada 120fps dan rakaman gerak perlahan 1080p pada 240fps.

    Profil warna 10-bit D-Log M turut disertakan bersama sistem penstabilan RockSteady versi baharu yang dipertingkat dengan kecerdasan buatan. Salah satu ciri menarik yang dilaporkan ialah sokongan integrasi jam pintar. Melalui sambungan Bluetooth 5.1, Osmo Action 6 boleh dipadankan dengan peranti seperti Apple Watch atau Garmin.

    Pengguna dikatakan boleh mengawal rakaman secara terus dari jam tangan, menukar mod dan menambah data masa nyata seperti kadar denyutan jantung, GPS serta altitud ke dalam video. Osmo Action 6 dilaporkan hadir dengan storan dalaman sekitar 47 hingga 64GB bersama sokongan kad microSD.

    Ia turut menawarkan sambungan WiFi 6 dan port USB-C yang berkemungkinan menyokong output DisplayPort. Baterinya pula berkapasiti sekitar 1,950mAh yang mampu menyokong rakaman 4K melebihi empat jam. Selain itu, ia dikatakan boleh digunakan terus di dalam air sehingga kedalaman 20 meter tanpa memerlukan bekas pelindung khas.

    Sekiranya maklumat ini tepat, Osmo Action 6 bakal menjadi pesaing utama dalam segmen kamera aksi dengan kombinasi rakaman resolusi tinggi, sensor besar, integrasi jam pintar dan ketahanan fizikal yang dipertingkat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ciri baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: thenewcamera

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...