More

    DJI Osmo Action 6 rasmi di Malaysia dengan sensor 1/1.1″ dan apertur boleh laras bermula RM2,079

    Terbaharu, DJI telah memperkenalkan Osmo Action 6 secara rasmi dalam pasaran Malaysia. Antara ciri utama Osmo Action 6 ialah sensor bersaiz 1/1.1 inci, apertur boleh laras f/2.0 hingga f/4.0 dan bateri 1,950 mAh yang mampu bertahan sehingga empat jam penggunaan. Kamera ini hadir dengan bidang pandang 155 darjah dan sensor baharu yang menawarkan sehingga 13.5 stops julat dinamik serta rakaman 4K pada 120fps dalam format 4:3.

    DJI turut menekankan kualiti rakaman cahaya rendah yang lebih baik melalui SuperNight mode dengan video 4K dirakam pada 60fps dalam cahaya malap. Sistem warna 10-bit D-Log M mengekalkan butiran sorotan dan bayang untuk fleksibiliti suntingan pasca rakaman dengan pratonton D-Log M pada skrin untuk pemantauan warna dan pendedahan masa nyata.

    Mod baharu 4K Custom membolehkan pengguna merakam dahulu dan mengezum atau memotong video kemudian tanpa perlu mengubah orientasi kamera. Kamera ini turut menyokong 2x lossless zoom pada resolusi 4K serta sistem penstabilan terbina. Ia juga kalis air hingga 20m tanpa sarung dan 60m dengan sarung kalis air yang dijual berasingan serta sensor suhu warna terbina dalam untuk memastikan warna bawah air tepat.

    Alat pengukur tekanan air juga merekod data selaman. Bateri kamera mengecas hingga 80% dalam 22 minit dengan 50GB storan terbina. Skrin utama berukuran 2.5 inci (400×712 piksel) manakala skrin sekunder 1.46 inci (342×342 piksel) dengan kedua-duanya menyokong kecerahan maksimum 800-nit.

    Di Malaysia, Osmo Action 6 ditawarkan pada harga:

    • Standard Combo – RM 2,079: termasuk kamera, bateri Osmo Action Extreme Plus, adapter cepat-dua-arah, tapak pelekat melengkung, skru kunci, kabel USB-C PD dan pad anti-gelincir.
    • Adventure Combo – RM 2,569: termasuk semua dalam Standard Combo, dua bateri tambahan, satu lagi adapter cepat-dua-arah, satu skru kunci tambahan, kotak bateri multifungsi dan batang swafoto 1.5m.

    Osmo Action 6 menawarkan gabungan sensor besar, aperture boleh laras, rakaman 4K tinggi frame rate, dan kalis air, menjadikannya pilihan ideal untuk penggemar aksi dan pengembaraan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured