More

    DJI Osmo Pocket 3 dilancar di Malaysia: Skrin sentuh OLED 2″ & video 4K bermula RM2,299

    DJI telah melancarkan Osmo Pocket 3, kamera gimbal bersaiz poket yang menampilkan sensor CMOS 1 inci, skrin sentuh yang boleh diputar 2 inci serta keupayaan untuk penggambaran mendatar dan menegak. Ia membolehkan penggambaran video 4K/120fps yang mengagumkan, penstabilan mekanikal tiga paksi dan banyak lagi ciri pintar.

    Osmo Pocket 3 hadir dengan sensor CMOS 1 inci untuk pengambilan gambar berkualiti tinggi dalam keadaan pencahayaan yang malap dengan kejelasan dan warna asli. Kamera ini juga dapat menghasilkan kulit wajah yang jelas dalam setiap bingkai dan menawarkan mod warna 10-bit D-Log M dan 10-bit HLG untuk pengalaman yang profesional.

    Osmo Pocket 3 juga memperkenalkan banyak ciri pintar termasuk skrin sentuh OLED 2 inci yang dapat diputar, pemfokusan yang cepat dan penstabilan mekanikal tiga paksi. Mod ActiveTrack 6.0 menawarkan beberapa mod ikut termasuk Pengesanan Muka Automatik dan Pembingkaian Dinamik, untuk rakaman tahap sinematik.

    Terdapat tiga mikrofon terbina dalam yang mengurangkan hingar angin dan menangkap bunyi stereo dari pelbagai arah. Ia mempunyai daya tahan bateri yang baik di mana Osmo Pocket 3 boleh dicas hingga 80% dalam masa 16 minit sahaja. Apabila dicas sepenuhnya, ia boleh merakam sehingga 116 minit rakaman 4K/60fps atau sehingga 166 minit rakaman 1080p/24fps.

    Selain itu, kamera ini juga menawarkan berbagai mod dan ciri kreatif seperti SpinShot, Motion Lapse, Zum Digital dan Panorama. Aplikasi LightCut boleh disambung dengan mudah ke Osmo Pocket 3, menyediakan ciri sunting satu klik bersama pengecaman AI yang memudahkan penyuntingan. Aplikasi ini juga menyediakan pelbagai pilihan video untuk vlog, perjalanan, parti dan banyak lagi.

    Terdapat juga pelbagai aksesori yang boleh meningkatkan pengalaman pengguna Osmo Pocket 3 termasuk penapis Black Mist, kanta sudut lebar, tripod mini, pemegang bateri, pemancar DJI Mic 2, set penapis ND magnetik, pelaras pengembangan dan beg pembawa. Aksesori ini membebaskan imaginasi pengguna untuk mencipta kandungan yang lebih kreatif dan berkualiti.

    Osmo Pocket 3 boleh ditempah dari kedai pengalaman DJI, Shopee dan Lazada dalam konfigurasi berikut:

    Untuk maklumat lanjut mengenai semua informasi ciri, aksesori dan keupayaan baharu, anda lawati laman web rasmi DJI. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured